Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Tips Yang Proven & Mudah Untuk Kurangkan Berat Badan

Mohamad Fadzli

 

Masalah berat badan merupakan salah satu masalah yang sangat besar terutamanya kaum Wanita. Tidak dinafikan, berat badan sangat mempengaruhi keyakinan diri seseorang. Apa tidaknya, bagi yang menghadapi situasi ini mesti hilang rasa yakin tu. Lagi parah kalau ada yang kena body-shaming.

Ok, yang itu sudah satu hal. Yang paling merisaukan adalah berat badan yang berlebihan adalah punca kepada banyak penyakit, contohnya tekanan darah tinggi, strok, sakit jantung dan macam-macam lagi.

Saya percaya, anda yang dah masuk kat blog ini mesti tengah mencari solusi yang paling berkesan kan. Mungkin anda dah sedar tentang masalah yang akan timbul akibat berat badan yang berlebihan.

Di Malaysia melalui National Health Morbidity Survey yang di jalankan pada tahun 2011 mencatatkan 15.1% rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas adalah obese. Ini menunjukkan peningkatan berbanding dengan 14% pada tahun 2006. Ini bermakna seramai 2.6 juta populasi dewasa di Malaysia adalah obese menjadikan Malaysia negara tertinggi mempunyai kadar obesiti di kalangan negara-negara asia tenggara.

Oleh kerana kadar obesiti yang tinggi dan penyebab kepada penyakit-penyakit kronik, saringan obesiti hendaklah di jalankan di premis kesihatan terutamanya di premis kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia. (Rujukan: portal MyHealth)

Seramai 2.6 juta populasi dewasa di Malaysia adalah obese menjadikan Malaysia negara tertinggi mempunyai kadar obesiti di kalangan negara-negara asia tenggara

Tapi kena ingat, untuk kurangkan berat badan ini tak ada magik pun yang boleh selesaikan masalah anda dalam tempoh yang singkat melainkan akan memudaratkan anda di kemudian hari.

Obesiti menyumbang kepada banyak penyakit kronik yang boleh membawa kematian atau morbidity. Penyakit-penyakit ini boleh merendahkan kualiti hidup pesakit. Antara penyakit-penyakit yang disebabkan oleh obesiti:

· Diabetes Mellitus

· Penyakit hepatobiliary (fatty liver dan batu hempedu)

· Dyslipidaemia (kolesterol tinggi)

· Metabolic syndrome

· Sleep apnoea

· Penyakit jantung koronari

· Cerebrovascular disease

· Kegagalan jantung

· Tekanan darah tinggi (hypertension)

· Osteoarthritis

· Gout



First sekali kita kena tahu punca atau faktor yang menyebabkan berat badan berlebihan:

Faktor 1: Keturunan atau Genetik

Tahukah anda, kemungkinan untuk anak-anak mendapat berat badan yang berlebihan adalah 80% jika ibu bapanya mempunyai masalah berat badan berlebihan. Ia juga selalunya dikaitkan dengan gaya pemakanan yang diambil oleh keluarga itu. Sebenarnya alasaan genetik keluarga ini adalah tidak kukuh kerana ianya berbalik kepada kesedaran seseorang tentang bahaya berat badan berlebihan.

 

Faktor 2: Ilmu atau Maklumat Pemakanan

Pemakanan merupakan faktor terpenting dalam menyumbang kepada masalah ini. Sebenarnya masalah utama bukan pada pemakanan tapi pada bagaimana kita menguruskan pemakanan kita. Berapa ramai yang sedar tentang kalori pemakanan? Barapa ramai yang tahu jumlah kalori yang perlu dibakar untuk setiap sesuatu makanan? Sebenanrya, sifirnya sungguh mudah iaitu calorie in Vs calorie out kena seimbang.

 

Faktor 3: Gaya Hidup

Gaya hidup yang tidak sihat seperti tidak bersenam, ambil makanan yang tidak seimbang, makan makanan segera, makanan bergoreng, minuman bikarbonat, makanan manis dan banyak lagi adalah penyumbang utama kepada obesiti. Atas alasan kesibukan bekerja, ramai yang tiada masa untuk beriadah. Kebanyakan kita lebih suka habiskan masa di depan tv atau di smartphone.

Ok, sekarang kita dah tahu sedikit sebanyak antara faktor yang menyebabkan berat badan berlebihan ini. Jadi, apa solusinya?


Kat sini saya nak share cara atau TIPS bukan magik untuk kurangkan berat badan !

Tips 1: Mindset atau Niat kena betul

Sebenarnya mindset atau niat ni benda paling penting. Nampak macam simple je kan? Tapi sangat penting untuk ‘mengajak’ diri kita sama-sama membantu dalam menyelesaikan masalah ini.

Anda mesti pernah berpuasa Ramadan kan? Tapi sebab apa kalau nak puasa selain bulan Ramadan susah sangat? Sebabnya adalah tiap malam anda dah pasang niat yang anda nak berpuasa esok harinya. Jadi, badan kita akan ikut arahan minda atau niat kita itu.

So, sekarang ni anda perlulah letakkan BIG why sebab apa anda nak kurangkan berat badan. Mungkin sebab nak berkahwin, nak jaga kesihatan atau nak nampak cantik.

sumber: Shutterstock

Tips 2: Rancang Pemakanan Anda

Kurangkan pengambilan karbohidrat, sebaliknya lebihkan pengambilan protein. Proses ini perlukan latihan yang dilakukan dalam beberapa hari. Pengambilan karbohidrat yang kurang boleh mengurangkan berat air dalam tubuh. Banyakkan pengambilan protein tanpa lemak seperti daging tanpa lemak, seafood, ikan, bijirin, soya dan sayur-sayuran. Anda akan rasa cepat kenyang dengan pengambilan protein. Kini, pelbagai supplemen yang kaya dengan protein tanpa lemak juga boleh didapati dengan mudah.

ESP Shaklee: kaya dengan sumber protein semulajadi

Tips 3: Makanan Yang Sebenar (Real-Food) Vs. Makanan Yang Telah Diproses (Processed-Food)

Makanan yang sebenar ialah makanan yang paling hampir dengan bentuk asal makanan tersebut. Dalam kata mudahnya ia tidak diproses, bebas bahan kimia dan kaya dengan nutrisi. Makanan ini adalah sihat, selamat dan mengandungi fiber yang tinggi. Manakala makanan yang telah diproses adalah sebaliknya. Sebagai contoh, daging ayam adalah real-food, nugget ayam adalah processed food. Buah epal adalah real-food, jus epal adalah processed-food.

Sumber: Shutterstock

Tips 4: Kurangkan Pengambilan Kalori Berlebihan

Pengambilan kalori harian yang ideal adalah berbeza-beza bergantung pada usia, metabolisme dan tahap aktiviti fizikal. Secara amnya, pengambilan kalori harian yang disyorkan adalah 2,000 kalori sehari untuk wanita dan 2,500 untuk lelaki.

Semakin kurang anda mengambil kalori, semakin mudah berat badan anda dikurangkan.

Macam mana nak semak kandungan kalori makanan? Mesti anda perasan di bungkusan makanan ada tertulis kcal kan? Kilojoules (kJ) adalah sama dengan kilokalori dalam Sistem Unit Antarabangsa, dan anda akan melihat kJ dan kcal pada label pemakanan. Sukatan 4.2kJ bersamaan dengan kira-kira 1 kcal. Jadi, anda boleh semak sendiri berapakah kalori yang anda dah ambil seharian.

Atau untuk lebih mudah, anda boleh download pelbagai jenis Applikasi di smartphone contohnya Aplikasi Calorie Counter. Boleh juga gunakan BMR Calculator ini.

 

Tips 5: Bersenam atau Bersukan

Senaman atau aktiviti riadah adalah untuk memudahkan proses membakar kalori. Kerapkan membuat senaman ringan selama 30 minit setiap hari. Yang paling penting adalah anda enjoy semasa buat senaman, jangan rasa terpaksa atau stress.

Aktiviti harian anda juga boleh dikategorikan sebagai senaman yang boleh membakar kalori seperti menaiki tangga, berjalan, mencuci baju, membersihkan rumah dan sebagainya.

 

Tips 6: Intermittent Fasting (Berpuasa Sekejap)

Intermittent Fasting (IF) merupakan sebuah diet yang berkonsep mengatur pola makan anda mengikut jadual yang tertentu. Menggunakan kaedah puasa sebagai medium utama diet, ia bukan sahaja menarik minat ramai individu beragama Islam malah individu beragama lain.

Diet IF hanya memerlukan pengaturan tempoh waktu makan (4 - 16 jam) dan waktu berpuasa (8 - 24 jam) mengikut tahap dan kesesuaian setiap individu. Bukan itu sahaja, malah tidur juga boleh dikira sebagai tempoh berpuasa. Ini menyebabkan ramai yang tertarik dan beranggapan konsep IF lebih sesuai dan mudah untuk diamalkan.

IF akan membahagikan rutin seseorang kepada dua tempoh waktu. Tempoh waktu itu terdiri dari fasa makan dan fasa berpuasa. Tidak ada menu Intermittent Fasting yang khusus, namun anda amat disarankan untuk mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Selain itu, anda juga perlu bersenam, bersukan, berkebun atau melakukan aktiviti fizikal yang lain agar kekal sihat dan cergas. 

Cara amalan IF:

Bagi tempoh fasa berpuasa, 

  • Waktu tidur (8 jam) boleh dikira sebagai tempoh fasa berpuasa. 
  • Anda hanya boleh minum air masak, teh hijau, teh dan kopi yang tidak mengandungi susu mahupun gula. 
  • Sesetengah kaedah akan menghadkan jumlah kalori harian anda.
  • Anda digalakkan untuk meneruskan aktiviti harian seperti biasa.

Bagi tempoh fasa makan,

  • Anda digalakkan untuk makan dan minum sebanyak 3 kali/sesi dalam tempoh 4-16jam tersebut.
  • Makanan dan minuman yang sihat dan seimbang perlu diutamakan (i.e. salad & Jus buah-buahan)
  • Anda digalakkan untuk menjauhi makanan & minuman yang tinggi kandungan gula, garam, lemak dan minyak. 
  • Anda digalakkan untuk menjauhi makanan & minuman yang diproses dari kilang*.

Namun, bagi seorang Muslim lebih baik amalkan puasa sunat. Selain dapat sihat, pahala pun dapat.

(*sumber:https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/nutrisi/intermittent-fasting-malaysia)

Ini menyebabkan ramai yang tertarik dan beranggapan konsep IF lebih sesuai dan mudah untuk diamalkan.


Tips 7: Detox Toksin Dalam Badan

Manusia dicipta dengan sebaik-baik ciptaan. Badan kita sudah diciptakan dengan system detoks yang sempurna. Apa yang kita perlukan adalah bantuan kepada sistem detoks badan kita sebab sistem detoks badan berbeza pada setiap manusia. Ada yang mampu beroperasi dengan sempurna, ada juga sebaliknya.

Sistem detoks boleh dibantu dengan pengambilan makanan yang sihat atau pengambilan Supplemen semulajadi yang sudah terbukti berkesan seperti Shaklee.


Saya nak suggest beberapa Supplemen yang mungkin boleh anda consider untuk membantu anda menurunkan berat badan.




Di dalam set kurus Shaklee ini secara asasnya bertindak dalam 3 cara untuk menurunkan berat badan. Iaitu:

1) DETOX – Alfalfa atau Herb Lax
Merangsang proses pencernaan agar menyingkirkan toksin yang terkumpul dalam badan. Melegakan sembelit kerana herb lax juga merupakan pelembut najis. Tidak sesuai untuk ibu yang menyusukan anak untuk mengelakkan bayi dari cirit birit.

2) MEMBAKAR – Lecithin atau Omega Guard
Menyingkirkan lemak dari makanan yang kita ambil dengan memecah dan menyingkirkan lemak tersebut. Membersihkan salur darah dari lemak dan kolestrol yang melekat di saluran darah.

3) MEMBINA – Cinch Shake Mix atau ESP Protein 
Mengelakkan kulit dari menggeleber dan membekalkan protein dalam badan. Membina otot supaya bentuk badan anda menjadi cantik dan menawan

Set kurus Shaklee ini secara asasnya bertindak dalam 3 cara untuk menurunkan berat badan



KEBAIKAN DAN KELEBIHAN SET KURUS SHAKLEE:

  • Membantu dalam mengatasi masalah berat badan berlebihan
  • Membekalkan protein agar kekal aktif untuk melakukan aktiviti seharian untuk mereka yang berdiet
  • Membina otot badan agar kulit tidak menggeleber selepas badan menjadi langsing
  • Memecah dan membakar lemak
  • Menyingkirkan toksin yang menghalang badan dari menyerap nutrien dari makanan yang diambil
  • Anda akan berasa kenyang yang menyebabkan anda tidak makan secara banyak
  • Mengurangkan paras kolesterol dalam badan yang menjadi punca kepada serangan jantung
  • Membuang kolesterol di dalam badan yang berlebihan

TESTIMONI PENGGUNA:



Kalau saya, saya suka bawa Lecithin sekali ke mana-mana. Sebelum makan macam-macam boleh terus telan, bagi bakar lelemak yang dah masuk. 

 

Kesimpulan

Begitulah beberapa tips yang mudah untuk anda ikuti. Sebenarnya kalau nak tuliskan tips kurangkan berat badan memang tak cukup satu entry. Tak kira apa tips sekalipun yang paling penting adalah kesungguhan dan disiplin kita untuk mengamalkan tips-tips tersebut.

Jika anda dapat mengikuti dengan baik segala cara ini, insyaAllah anda akan dapat melihat kesan seperti yang diharapkan.

Tip kuruskan badan ini bukan sahaja berkesan untuk diamalkan, malah selamat kepada tubuh anda.

 

 Nak saya bantu anda ?


SEBARANG  KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA

Your Shaklee Independent Distributor
Fadzli / Farah Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-9210042 / 016-9960209
♥ Shaklee ID : 1665070
♥ FB PAGE : Ez-Vitamin
♥ Website : www.ez-vitamin.com
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak Selayang Rawang Kepong Ampang KL
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia

ATAU

Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika  mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.





.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-vitamin.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK  bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.

8 Tips Merawat Buasir Ketika Hamil

Farahana





Ibu yang mengandung adalah wanita yang seharusnya sihat. Kehamilan adalah proses fisiologi yang normal. Namun ibu yang hamil lebih mudah menderita pelbagai penyakit kesan daripada kehamilan tersebut. Antara penyakit yang sering dialami ibu mengandung adalah buasir.

mengandung
sumber: Shutterstock

Apakah itu Buasir?
Buasir atau dipanggil haemorrhoids dalam bahasa inggeris adalah berpunca daripada salur darah vena yang membesar dibahagian bawah rektum dan dubur. Ianya akan memberikan masalah apabila bahagian tersebut menjadi radang atau bengkak.
Buasir merupakan penyakit yang biasa berlaku dan boleh terjadi kepada sesiapa tanpa mengira umur. 

Mengapakah wanita hamil sering mengalami buasir?
Wanita hamil berkemungkinan mengalami buasir disebabkan oleh tekanan yang dialami daripada berat bayi yang sedang membesar dan juga kesan daripada perubahan hormon. Masalah sembelit yang sering dihadapi ibu hamil juga boleh mengakibatkan terjadinya buasir.
Buasir merupakan perkara biasa ketika hamil. Dianggarkan 1 daripada 10 wanita hamil terkena buasir terutama semasa trimester terakhir kehamilan.

Dianggarkan 1 daripada 10 wanita hamil terkena buasir 






Apakah Kategori Buasir?
Kategori buasir boleh dibahagikan kepada dua bahagian mengikut lokasinya iaitu buasir luaran  dan buasir dalaman.

Buasir Luaran
Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan bawah kulit luar dubur. Pesakit  akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Tahap kesakitan yang dirasai setiap indidvidu adalah berbeza. Sesetengah mungkin merasa panas atau pedih, tetapi ada juga yang merasa  sedikit kurang selesa. Sakit yang teramat mungkin terjadi akibat salur darah yang tersumbat disebabkan darah beku.

Buasir Dalaman
Merupakan salur darah vena yang bengkak dibahagian dalam rektum. Pesakit akan mengadu mempunyai pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan . Ada juga pesakit merasa seperti ada unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini ada yang perlu ditolak balik ke dalam  namun ada juga yang hilang dengan sendirinya.

Apakah tips yang boleh diamalkan bagi mengatasi buasir ketika hamil?
1- Makan makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran,buah-buahan, roti bijirin penuh, pasta bijirin penuh dan beras perang.

2- Minum banyak air kosong dalam 2-3 liter sehari agar anda kekal terhidrat serta memastikan najis berkeadaan lembut.

3- Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut selepas membuang air besar. Lap dengan tuala lembut atau tisu tandas lembut tanpa bau pewangi. Bersihkan dengan kerap agar kebersihan tetap terjaga.

4- Bersegeralah ke tandas ketika terasa ingin membuang air besar. Menunda masa akan menyebabkan sembelit terjadi.

5- Cuba menaikkan kaki ke atas bangku ketika membuang air besar. Ini dapat membantu memudahkan proses pembuangan air besar.

6- Mandi air suam bagi mengurangkan kesakitan dan kegatalan. Elakkan menggaru di tempat yang gatal kerana boleh memburukkan keadaan.

7- Tuam dengan benda sejuk seperti pek ais bagi memberikan kelegaan di sekitar dubur. Ianya juga mampu mengurangkan bengkak.



Namun, sekiranya telah mencuba tips di atas tetapi masalah tersebut masih tidak selesai, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Selain daripada tips di atas, pengambilan supplemen juga dapat membantu mengatasi masalah sembelit ketika hamil. Saya syorkan anda mencuba set buasir ibu hamil shaklee yang  terdiri daripada:-


Ostematrix: Mengandungi kalsium magnesium yang membantu  melawaskan pembuangan

Omega Guard: Mengandungi minyak ikan omega-3  yang mampu mengurangkan bengkak atau keradangan akibat buasir.

Vitamin C: Berfungsi dalam membantu mempercepatkan penyembuh luka akibat buasir.



Testimoni



Semoga tips di atas bermanfaat dan sedikit sebanyak membantu masalah anda.

Sekiranya anda berminat untuk mencuba supplemen sebagai ikhtiar, hubungi saya segera untuk mendapatkan set buasir ibu hamil.
Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus whatsapp saya.Insyaallah saya sedia membantu.

Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee (khas untuk pembelian dengan saya) / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya

Nak saya bantu anda ?


SEBARANG  KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA

Your Shaklee Independent Distributor
Fadzli / Farah Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-9210042 / 016-9960209
♥ Shaklee ID : 1665070
♥ FB PAGE : Ez-Vitamin
♥ Website : www.ez-vitamin.com
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak Selayang Rawang Kepong Ampang KL
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia

ATAU

Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika  mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.





.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-vitamin.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK  bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.

7 Cara Mengatasi Penyakit Gout

Unknown



Apakah itu Gout?
Sebagaimana yang semua tahu buah pinggang berperanan untuk menapis darah dan menyingkirkan asid urik melalui air kencing.

Namun bagi pesakit gout, asid urik tidak mampu disingkirkan sepenuhnya, maka lama-kelamaan paras asid urik di dalam darah akan meningkat .

Seterusnya asid urik ini akan mendap di bahagian sendi especially di bahagian sendi besar. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari namun ia juga boleh berkumpul di bahagian sendi yang lain seperti di bahagian belakang, lutut, buku lali,  kaki,  pergelangan tangan, siku dan jari.

Asid urik boleh mengakibatkan keradangan pada sendi dan masa inilah serangan gout berlaku. Pesakit mula berasa sakit sehingga tidak boleh menggerakkan sendi yang terlibat.   
                     
Kebiasaannya serangan pertama kali berlaku kepada individu yang berumur dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun.

Walau bagaimanapun semua peringkat umur termaksud remaja juga boleh diserang oleh penyakit ini.

Apakah Penyebab terkena Gout ?
~ kerosakkan buah pinggang.
~ tekanan/stress
masalah kegemukan
~ Penghasilan terlalu banyak asid urik
~ terlalu sedikit penyingkiran asid urik kesan sampingan ubat 'diuretik'        
              
Apakah Faktor yang boleh menyumbang kepada penyakit Gout?
Serangan gout boleh disebabkan oleh beberapa faktor:-
1. Kecederaan kecil pada sendi.
2. Pengambilan air kosong yang kurang.
3. Pengambilan sesetengah jenis ubatan menyebabkan badan mengalami kekurangan air.
4. Mengamalkan diet yang melampau.
5. Pengambilan berlebihan minuman beralkohol.
6. Banyak mengambil makanan yang kaya dengan 'purin'.

Apakah kronologi perkembangan Gout?
Jom lihat  kronologi perkembangan gout yang sangat menyedihkan..

Peringkat 1: Darah Yang Pekat, Gelap, dan Mengalir Dengan Perlahan
Peringkat 2: Kualiti Tidur Yang Tidak Bagus. Kerap Rasa Letih dan Lesu.
Peringkat 3: Mati Pucuk atau  Lemah Tenaga Batin. Persembahan Tidak Tahan Lama
Peringkat 4: Serangan Gout pada Buku Lali atau  Ibu Jari Kaki
Peringkat 5: Serangan Gout Mula Merebak ke Tangan dan Lutut
Peringkat 6: Jari-jari Mula Mengeras dan Bengkok
Peringkat 7: Tofi Mula Menonjol Di Permukaan Kulit atau Bintik-bintik Kutikel Halus Muncul Di Sekeliling Cuping Telinga
Peringkat 8: Masalah  Pertumbuhan Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi, Buah Pinggang  dan lain-lain Penyakit Sekunder.
Peringkat 9: Peringkat Terakhir?

MASIH NAK DIBIARKAN??? JOM CEGAH SEBELUM PARAH.    
                  
Bagaimanakah Cara Mengatasi Gout?
Antara langkah bijak yang perlu diambil oleh pesakit ialah:-

1) Kawal berat badan. Kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik.
2) Kawal makanan dengan menghadkan pengambilan protien daripada sumber haiwan
3) Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.
4) Pilih produk tenusu yang mempunyai kandungan lemak yang rendah atau tanpa lemak.
5) Ambil karbohidrat kompleks dan tumpukan untuk makan lebih banyak bijirin, sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan kek.
6) Hadkan pengambilan gula. Pengambilan gula yang banyak akan menyebabkan kita kurang makan buah, sayur dan bijirin. Makanan yang mengandungi gula juga mempunyai banyak kalori yang akan menyebabkan anda mudah mengalami pertambahan berat badan.
7) Individu bukan Muslim dan mengambil minuman beralkohol hadkan pengambilan kepada 1 gelas wain atau 1 tin bir sahaja sehari kerana alkohol boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah.

Apakah Makanan yang Perlu Dielakkan oleh Pesakit Gout?
~ Ikan kembung, sardin, bilis
~ Organ dalaman seperti paru-paru, hati, ginjal dan otak
~ Makanan bercengkerang seperti kerang,  ketam dan  udang
~ Daging cincang
~ Ekstrak daging, ragi dan kiub rebusan daging

Apakah Makanan yang Perlu Dikurangkan Oleh Pesakit Gout?
~ Lentil, Peanuts, beans dan peas  
~ Bunga kobis, Asparagus, cendawan dan bayam
                                            
Apakah Supplemen yang Diperlukan oleh Pesakit Gout?
Supplemen yang dicadangkan untuk membantu pesakit Gout
1) VIVIX
2) OMEGA GUARD
3) ALFALFA
4) PERFORMANCE DRINK

VIVIX



Melindungi DNA, memperbaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalam genetik, menggalakkan pembentukan mitochindra didalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel

OMEGA GUARD


Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui didalam ikan laut dalam. Kedua-dua asid ini dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.

ALFALFA

Menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Pengambilan alfafa memerlukan pesakit mengambil air yg banyak utk tujuan detox

PERFORMANCE DRINK


Memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak berlaku dehydration.                                                       

Testimoni Pengguna Shaklee untuk Sakit Gout
Dibawah adalah antara testimoni pesakit gout 






GABUNGAN NUTRISI  UNTUK PESAKIT GOUT

"Tak cuba tak tahu, kena cuba dulu baru tahu"


Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk Shaklee boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Semua produk Shaklee adalah selamat, semulajadi serta terbukti berkesan, juga mempunyai ujian klinikal. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.


Nak saya bantu anda ?


SEBARANG  KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA

Your Shaklee Independent Distributor
Fadzli / Farah Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-9210042 / 016-9960209
♥ Shaklee ID : 1665070
♥ FB PAGE : Ez-Vitamin
♥ Website : www.ez-vitamin.com
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak Selayang Rawang Kepong Ampang KL
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia

ATAU

Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika  mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.





.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-vitamin.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK  bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.

Coprights @ 2017 ez-vitamin.com Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib