slider

KENAPA PSEUDOSCIENCE WATCH KECAM SHAKLEE?

Unknown


ISU HANGAT !
Salam Ramadan semua. Baru-baru ni timbul isu hangat yang ditimbulkan oleh salah satu FB Page yang agak terkenal iaitu PSEUDOSCIENCE WATCH berkaitan isu Vivix Shaklee. Kalau anda seorang yang rajin layari page tersebut mesti anda akan nampak isu-isu kontroversi yang selalu ditimbulkan. Kebanyakannya berkaitan perubatan dan sains.

Dalam isu ni saya lebih berminat nak kupas berkaitan etika pemasaran. Apa yang saya faham isu berkaitan Vivix Shaklee yang baru-baru ini timbul sebenarnya bukan masalah pada produk itu sendiri tapi pada masalah cara produk itu dipasarkan. Pernah dengar istilah “unsubstantiated claim”?Atau maksudnya “dakwaan yang tidak munasabah”. Mungkin orang yang dalam bidang marketing familiar dengan istilah ni.

Jangan terkejut, unsubstantiated claim atau overclaim ni bukan sahaja pada produk ubatan tapi merangkumi semua produk. Kalau ingat dulu mesti kita pernah dengar iklan kat TV “100% berkesan melawan bakteria”, “cepat menghilangkang sakit kepala” dan banyak lagi. Tapi sekarang yang selalu kita dengar “99.9% berkesan melawan bakteria”, “melegakan sakit kepala”. Sebab apa ayat itu diubah?sebab tak nak jadi overclaim la nanti.

Kalau anda biasa buat iklan berbayar guna FB Ads atau Google Adwords, mesti anda biasa dengan istilah tu. So, kalau overclaim tu memang sah-sah kena "disapproved", paling teruk kena flag.

APA ITU SCAM?
Kemudian, ada satu lagi isu iaitu scam. Kita amat berterima kasih kepada page tersebut sebab banyak membantu mendedahkan kepada rakyat Malaysia dalam mengenalpasti dan mengelakkan diri daripada terjebak dengan scammer-scammer kat luar sana. Tak kiralah yang berkaitan hartanah, MLM, ubatan dan macam-macam lagi.

Tapi, tahukah anda apa itu scam?


Secara ringkasnya, scam adalah skim penipuan bertujuan untuk mengambil untung melalui urusan yang dibuat dengan cara penipuan maklumat semasa urusan tersebut. Senang cerita skim “tipu dan untung”. Dan isunya di sini Vivix telah dikatakan scam sebab overclaim. 

Anda pernah tengok kotak pada produk ni?
Produk PCM*

Produk Vivix Shaklee*

(*Gambar-gambar di atas hanya sekadar contoh, tiada kena mengena dengan mana-mana pihak)

Tapi ada disclaimer atau penafian dalam produk tersebut:

Persoalannya adakah Vivix Shaklee itu scam?dan adakah produk “PCM” di atas juga scam sebab overclaim? atau adakah iklan penjual atau dealer produk-produk tersebut sebenarnya yang scammer? anda carilah jawapan sendiri.

Saya bukan cuba untuk promosi Vivix Shaklee apatah lagi menidakkan keberkesanan produk-produk lain. Cuma isunya sekarang kita perlu bersikap adil dalam memberi justifikasi. Poin penting kat sini adalah iklan kedua-dua produk ini pada saya ada ciri-ciri overclaim.

Satu lagi, anda pernah pergi hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan? Kalau anda pernah berjumpa dengan doktor atau jururawat yang mengatakan ubat atau rawatan tertentu boleh menyembuhkan 100% penyakit anda maka dia juga adalah "scammer", lebih-lebih lagi kalau klinik atau hospital swasta. Sebab itu doktor dan jururawat tertakluk pada etika kedoktoran yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk membendung masalah seperti ini berlaku.

APA ITU PENAWAR?
Alhamdulillah sejak kecil saya sudah dididik oleh ibu bapa agar semua perkara kita dahulukan dengan merujuk Al-Quran dan Sunnah. Agama melarang kita menjerumuskan diri daripada sesuatu yang boleh memudaratkan diri. Dalam istilah orang putihnya “prevention is better than cure”.

Saya optimis penyakit yang menimpa seseorang adalah merupakan salah satu dari ujian-ujian Allah s.w.t. Ujian, cubaan dan bala Allah ke atas hambaNya ada mempunyai tujuan dan hikmahnya yang tersendiri.

Dan saya amat optimis dan percaya dengan sabda Nabi:
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:"Tiap-tiap penyakit itu (ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"(Riwayat Muslim dan Ahmad)
Mencari penawar penyakit adalah menjadi kewajiban sebagai usaha dan ikhtiar manusia. Satu penyakit mungkin hanya mempunyai satu ubat namun berkemungkinan juga mempunyai puluhan ubat. Manusia dengan teknologi yang ada telah membuat kajian, penyelidikan serta penemuan. Oleh yang demikian kita selalu mendengar bidang-bidang perubatan seperti perubatan moden, Homeopati, Perubatan cina, Tradisional, Rawatan Islam dan berbagai-bagai lagi.

Ada ubat yang memang ubat, ada ubat yang ada kesan sampingan, ada yang tidak ada kesan sampingan, ada supplemen tambahan dan berbagai-bagai jenis yang berada dalam pasaran.

Apa yang penting kita sebagai manusia tak boleh mendakwa bahawa produk kita 100% mujarab dengan menidakkan keberkesanan rawatan lain. Ini bukan sahaja menyalahi etika malahan menyalahi syariat islam.

Jika contoh ada yang mendakwa kimoterapi adalah penawar kepada kanser dan tiada kesan sampingan, maka andalah sebenarnya yang "scammer". 

Walau apa pun, alhamdulillah kita di Malaysia sudah ada usaha untuk mengharmonikan antara rawatan tradisional dan komplementri.

Apa yang penting bagi seorang doktor atau perawat adalah menginginkan kesihatan pesakit atau orang yang dirawat. Waktu yang paling gembira bagi mereka adalah waktu mendengar khabar kesihatan pesakit mereka, seolah-olah hilang semua penat lelah selama merawat mereka.

MEMBUKA MATA SEMUA PIHAK
Alhamdulillah, isu yang diketengahkan telah membuka mata semua pihak. Saya yakin page pseudoscience watch berniat baik untuk menyedarkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab bukannya untuk merosakkan perniagaan orang lain. Inilah yang dikatakan “check and balance”.

Namun pada pendapat saya tuduhan sesetengah pihak terhadap Shaklee dealer semata-mata untuk jual ubat tidak boleh dipukul rata. Ada kalangan mereka bagi percuma kepada ibu bapa, kawan-kawan dan orang yang memerlukan.

Saranan saya kepada pihak-pihak yang bertangungjawab:
1) Shaklee Malaysia
  • Diharap dapat menjalankan pemantauan lebih agresif kepada dealer yang tidak beretika dan mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada mereka (saya minta maaf, mungkin undang-undang ni sudah ada tapi saya yang kurang tahu)

2) SID (Shaklee Independent Distributor)
  • Diharap dapat mematuhi etika dan peraturan yang ditetapkan oleh Shaklee Malaysia. Diharap uplines dapat memantau anak buah masing-masing dan melaporkan kepada HQ jika ada anak buah yang tidak beretika.
  • Dapat mendalami ilmu marketing. Kalau nak berniaga tu jangan lokek keluar duit cari ilmu marketing. Bisnes bukannya pandai buat duit je, tapi etika kena jaga juga.

3) Pengguna
  • Pilihan di tangan anda. Kalau anda rasa cara itu yang berkesan maka terpulanglah. Yang penting anda sihat. Dan nasihat saya elakkanlah dari penjual-penjula yang seolah-olah “memaksa” sebab mereka cuma pentingkan duit berbanding manfaat yang anda dapat.


ILMU MARKETING
Saya nak share sikit ilmu marketing online yang saya ada yang tak seberapa ni. Tips marketing online:
  1. Wujudkan Trust : bina kepercayaan orang kepada anda.
  2. Jangan Hard Sell : jangan seolah-olah memaksa orang untuk beli produk anda
  3. Tawan Emosi : guna teknik copywriting yang betul untuk tawan emosi pembeli
  4. Menuntut Ilmu : belanjakan duit khas untuk belajar marketing

Akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya yang tak seberapa puitis ni. Nasihat saya:
  • Walau siapa pun kita kena ingat buat apa-pun mesti ada ilmu.
  • Jagalah kesihatan anda, sebab kalau sudah mula sakit susah untuk pulih semula dan jangan salahkan ubat kalau anda tak boleh sembuh.
  • Yang paling penting, kena ingat ubat dan penawar itu bukan TUHAN yang boleh memberi keajaiban kepada anda. 
Note: Harapan saya agar pakar-pakar dari bidang perubatan moden, perubatan tradisional, perubatan rawatan Islam dan pakar nutrisi duduk semeja untuk sama-sama mencari solusi kepada penyakit-penyakit di negara kita ni. Jangan kita hanya percaya bulat-bulat kepada media sosial yang kita tak tahu siapa identiti pemilik media tersebut.


Terima kasih;

Mohamad Fadzli
“Suami Seorang SID”
B.A, M.A (UIAM)
Staff Marketing di sebuah syarikat swasta

FADZLI & FARAHANA AERSID (SID 1665070)

Your Shaklee Independent Distributor

16 comments:

  1. Info yg sangat bermanfaat.terima kasoh atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. sid perlu lebih berhati-hati. takut tersalah cakap.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Kita hidup perlu ada check & balance a.k.a muhasabah diri baru la hidup lebih stabil =)

      Delete
  4. Terima kasih..info yang bermanfaat

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian yg sgt bermanfaat..semoga kita lebih berhati2 dlm marketing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye setuju sangat..semoga kita sama2 perbaiki ilmu marketing =)

      Delete
  6. Setuju.
    Etika pengiklanan tu sgt penting.
    Sebelum nk ajak seseorang buat bisnes, wajib sgt educate downlines utk jaga etika dlm pengiklanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Basically mmg dah ada dlm guidelines tp sadly x semua yg ikut =(

      Delete
  7. Penerangan dan cadangan yang baik 🙂

    ReplyDelete
  8. Setuju sangat, cara mempromosi jgn lah overclaim.. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu..overclaim mmg dikira melanggar etika dalam marketing =)

      Delete

Terima kasih =)

Coprights @ 2017 ez-vitamin.com Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib