Masalah
berat badan merupakan salah satu masalah yang sangat besar terutamanya kaum Wanita.
Tidak dinafikan, berat badan sangat mempengaruhi keyakinan diri seseorang. Apa
tidaknya, bagi yang menghadapi situasi ini mesti hilang rasa yakin tu. Lagi
parah kalau ada yang kena body-shaming.
Ok, yang
itu sudah satu hal. Yang paling merisaukan adalah berat badan yang berlebihan
adalah punca kepada banyak penyakit, contohnya tekanan darah tinggi, strok,
sakit jantung dan macam-macam lagi.
Saya percaya,
anda yang dah masuk kat blog ini mesti tengah mencari solusi yang paling
berkesan kan. Mungkin anda dah sedar tentang masalah yang akan timbul akibat
berat badan yang berlebihan.
Di Malaysia
melalui National Health Morbidity Survey yang di jalankan pada tahun 2011
mencatatkan 15.1% rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas adalah obese. Ini
menunjukkan peningkatan berbanding dengan 14% pada tahun 2006. Ini bermakna
seramai 2.6 juta populasi dewasa di Malaysia adalah obese menjadikan Malaysia
negara tertinggi mempunyai kadar obesiti di kalangan negara-negara asia
tenggara.
Oleh
kerana kadar obesiti yang tinggi dan penyebab kepada penyakit-penyakit kronik,
saringan obesiti hendaklah di jalankan di premis kesihatan terutamanya di
premis kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia. (Rujukan: portal MyHealth)
Seramai 2.6 juta populasi dewasa di Malaysia adalah obese menjadikan Malaysia negara tertinggi mempunyai kadar obesiti di kalangan negara-negara asia tenggaraTapi kena ingat, untuk kurangkan berat badan ini tak ada magik pun yang boleh selesaikan masalah anda dalam tempoh yang singkat melainkan akan memudaratkan anda di kemudian hari.
· Diabetes Mellitus
· Penyakit hepatobiliary (fatty liver dan
batu hempedu)
· Dyslipidaemia (kolesterol tinggi)
· Metabolic syndrome
· Sleep apnoea
· Penyakit jantung koronari
· Cerebrovascular disease
· Kegagalan jantung
· Tekanan darah tinggi (hypertension)
· Osteoarthritis
· Gout
First sekali kita kena tahu punca atau faktor yang menyebabkan berat badan berlebihan:
Faktor 1: Keturunan atau Genetik
Tahukah
anda, kemungkinan untuk anak-anak mendapat berat badan yang berlebihan adalah 80%
jika ibu bapanya mempunyai masalah berat badan berlebihan. Ia juga selalunya
dikaitkan dengan gaya pemakanan yang diambil oleh keluarga itu. Sebenarnya
alasaan genetik keluarga ini adalah tidak kukuh kerana ianya berbalik kepada
kesedaran seseorang tentang bahaya berat badan berlebihan.
Faktor 2: Ilmu
atau Maklumat Pemakanan
Pemakanan
merupakan faktor terpenting dalam menyumbang kepada masalah ini. Sebenarnya masalah
utama bukan pada pemakanan tapi pada bagaimana kita menguruskan pemakanan kita.
Berapa ramai yang sedar tentang kalori pemakanan? Barapa ramai yang tahu jumlah
kalori yang perlu dibakar untuk setiap sesuatu makanan? Sebenanrya, sifirnya
sungguh mudah iaitu calorie in Vs calorie out kena seimbang.
Faktor 3: Gaya
Hidup
Gaya hidup yang tidak sihat seperti tidak bersenam, ambil makanan yang tidak seimbang, makan makanan segera, makanan bergoreng, minuman bikarbonat, makanan manis dan banyak lagi adalah penyumbang utama kepada obesiti. Atas alasan kesibukan bekerja, ramai yang tiada masa untuk beriadah. Kebanyakan kita lebih suka habiskan masa di depan tv atau di smartphone.
Ok, sekarang kita dah tahu sedikit sebanyak antara faktor yang menyebabkan berat badan berlebihan ini. Jadi, apa solusinya?
Kat sini saya nak share cara atau TIPS bukan magik untuk kurangkan berat badan !
Tips 1: Mindset atau Niat kena betul
Sebenarnya mindset
atau niat ni benda paling penting. Nampak macam simple je kan? Tapi sangat
penting untuk ‘mengajak’ diri kita sama-sama membantu dalam menyelesaikan masalah
ini.
Anda mesti
pernah berpuasa Ramadan kan? Tapi sebab apa kalau nak puasa selain bulan Ramadan
susah sangat? Sebabnya adalah tiap malam anda dah pasang niat yang anda nak berpuasa
esok harinya. Jadi, badan kita akan ikut arahan minda atau niat kita itu.
So, sekarang
ni anda perlulah letakkan BIG why sebab apa anda nak kurangkan berat badan. Mungkin
sebab nak berkahwin, nak jaga kesihatan atau nak nampak cantik.
sumber: Shutterstock |
Tips 2: Rancang Pemakanan Anda
Kurangkan
pengambilan karbohidrat, sebaliknya lebihkan pengambilan protein. Proses ini
perlukan latihan yang dilakukan dalam beberapa hari. Pengambilan karbohidrat
yang kurang boleh mengurangkan berat air dalam tubuh. Banyakkan pengambilan
protein tanpa lemak seperti daging tanpa lemak, seafood, ikan, bijirin, soya dan sayur-sayuran. Anda akan rasa cepat
kenyang dengan pengambilan protein. Kini, pelbagai supplemen yang kaya dengan
protein tanpa lemak juga boleh didapati dengan mudah.
ESP Shaklee: kaya dengan sumber protein semulajadi |
Tips 3: Makanan Yang Sebenar (Real-Food) Vs. Makanan Yang Telah Diproses (Processed-Food)
Makanan yang sebenar ialah makanan yang paling hampir dengan bentuk asal makanan tersebut. Dalam kata mudahnya ia tidak diproses, bebas bahan kimia dan kaya dengan nutrisi. Makanan ini adalah sihat, selamat dan mengandungi fiber yang tinggi. Manakala makanan yang telah diproses adalah sebaliknya. Sebagai contoh, daging ayam adalah real-food, nugget ayam adalah processed food. Buah epal adalah real-food, jus epal adalah processed-food.
Sumber: Shutterstock |
Tips 4:
Kurangkan Pengambilan Kalori Berlebihan
Pengambilan
kalori harian yang ideal adalah berbeza-beza bergantung pada usia,
metabolisme dan tahap aktiviti fizikal. Secara amnya, pengambilan kalori harian
yang disyorkan adalah 2,000 kalori sehari untuk wanita dan 2,500 untuk lelaki.
Semakin
kurang anda mengambil kalori, semakin mudah berat badan anda dikurangkan.
Macam mana
nak semak kandungan kalori makanan? Mesti anda perasan di bungkusan makanan ada
tertulis kcal kan? Kilojoules (kJ) adalah sama dengan kilokalori dalam Sistem
Unit Antarabangsa, dan anda akan melihat kJ dan kcal pada label pemakanan. Sukatan
4.2kJ bersamaan dengan kira-kira 1 kcal. Jadi, anda boleh semak sendiri
berapakah kalori yang anda dah ambil seharian.
Atau untuk
lebih mudah, anda boleh download pelbagai jenis Applikasi di smartphone contohnya
Aplikasi Calorie Counter. Boleh juga gunakan BMR Calculator ini.
Tips 5:
Bersenam atau Bersukan
Senaman
atau aktiviti riadah adalah untuk memudahkan proses membakar kalori. Kerapkan membuat
senaman ringan selama 30 minit setiap hari. Yang paling penting adalah anda enjoy
semasa buat senaman, jangan rasa terpaksa atau stress.
Aktiviti
harian anda juga boleh dikategorikan sebagai senaman yang boleh membakar kalori
seperti menaiki tangga, berjalan, mencuci baju, membersihkan rumah dan
sebagainya.
Tips 6: Intermittent
Fasting (Berpuasa Sekejap)
Intermittent
Fasting (IF) merupakan sebuah diet yang berkonsep mengatur pola makan anda
mengikut jadual yang tertentu. Menggunakan kaedah puasa sebagai medium utama
diet, ia bukan sahaja menarik minat ramai individu beragama Islam malah
individu beragama lain.
Diet IF hanya memerlukan pengaturan tempoh waktu makan (4 - 16 jam) dan waktu berpuasa (8 - 24 jam) mengikut tahap dan kesesuaian setiap individu. Bukan itu sahaja, malah tidur juga boleh dikira sebagai tempoh berpuasa. Ini menyebabkan ramai yang tertarik dan beranggapan konsep IF lebih sesuai dan mudah untuk diamalkan.
IF akan membahagikan rutin seseorang kepada dua tempoh waktu. Tempoh waktu itu terdiri dari fasa makan dan fasa berpuasa. Tidak ada menu Intermittent Fasting yang khusus, namun anda amat disarankan untuk mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Selain itu, anda juga perlu bersenam, bersukan, berkebun atau melakukan aktiviti fizikal yang lain agar kekal sihat dan cergas.
Cara amalan IF:
Bagi tempoh fasa berpuasa,
- Waktu tidur (8 jam) boleh dikira sebagai tempoh fasa
berpuasa.
- Anda hanya boleh minum air masak, teh hijau, teh dan kopi yang
tidak mengandungi susu mahupun gula.
- Sesetengah kaedah akan menghadkan jumlah kalori harian anda.
- Anda digalakkan untuk meneruskan aktiviti harian seperti biasa.
Bagi tempoh fasa makan,
- Anda digalakkan untuk makan dan minum sebanyak 3 kali/sesi dalam
tempoh 4-16jam tersebut.
- Makanan dan minuman yang sihat dan seimbang perlu diutamakan (i.e. salad & Jus buah-buahan)
- Anda digalakkan untuk menjauhi makanan & minuman yang tinggi
kandungan gula, garam, lemak dan minyak.
- Anda digalakkan untuk menjauhi makanan & minuman yang diproses
dari kilang*.
Namun, bagi seorang Muslim lebih baik amalkan puasa
sunat. Selain dapat sihat, pahala pun dapat.
(*sumber:https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/nutrisi/intermittent-fasting-malaysia)
Ini menyebabkan ramai yang tertarik dan beranggapan konsep IF lebih sesuai dan mudah untuk diamalkan.
Tips 7: Detox Toksin Dalam Badan
Manusia dicipta dengan sebaik-baik ciptaan. Badan kita sudah diciptakan dengan system detoks yang sempurna. Apa yang kita perlukan adalah bantuan kepada sistem detoks badan kita sebab sistem detoks badan berbeza pada setiap manusia. Ada yang mampu beroperasi dengan sempurna, ada juga sebaliknya.
Sistem detoks boleh dibantu dengan pengambilan makanan yang sihat atau pengambilan Supplemen semulajadi yang sudah terbukti berkesan seperti Shaklee.
Saya nak suggest beberapa Supplemen yang mungkin boleh anda consider untuk membantu anda menurunkan berat badan.
Set kurus Shaklee ini secara asasnya bertindak dalam 3 cara untuk menurunkan berat badan
- Membantu dalam mengatasi masalah berat badan berlebihan
- Membekalkan protein agar kekal aktif untuk melakukan aktiviti seharian untuk mereka yang berdiet
- Membina otot badan agar kulit tidak menggeleber selepas badan menjadi langsing
- Memecah dan membakar lemak
- Menyingkirkan toksin yang menghalang badan dari menyerap nutrien dari makanan yang diambil
- Anda akan berasa kenyang yang menyebabkan anda tidak makan secara banyak
- Mengurangkan paras kolesterol dalam badan yang menjadi punca kepada serangan jantung
- Membuang kolesterol di dalam badan yang berlebihan
Kesimpulan
Begitulah beberapa tips yang mudah untuk anda ikuti. Sebenarnya kalau nak tuliskan tips kurangkan berat badan memang tak cukup satu entry. Tak kira apa tips sekalipun yang paling penting adalah kesungguhan dan disiplin kita untuk mengamalkan tips-tips tersebut.
Jika anda dapat mengikuti dengan baik segala cara ini,
insyaAllah anda akan dapat melihat kesan seperti yang diharapkan.
Tip kuruskan badan ini bukan sahaja berkesan untuk
diamalkan, malah selamat kepada tubuh anda.
Nak saya bantu anda ?
.................................
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih =)