8 Tips Merawat Buasir Ketika Hamil

Farahana





Ibu yang mengandung adalah wanita yang seharusnya sihat. Kehamilan adalah proses fisiologi yang normal. Namun ibu yang hamil lebih mudah menderita pelbagai penyakit kesan daripada kehamilan tersebut. Antara penyakit yang sering dialami ibu mengandung adalah buasir.

mengandung
sumber: Shutterstock

Apakah itu Buasir?
Buasir atau dipanggil haemorrhoids dalam bahasa inggeris adalah berpunca daripada salur darah vena yang membesar dibahagian bawah rektum dan dubur. Ianya akan memberikan masalah apabila bahagian tersebut menjadi radang atau bengkak.
Buasir merupakan penyakit yang biasa berlaku dan boleh terjadi kepada sesiapa tanpa mengira umur. 

Mengapakah wanita hamil sering mengalami buasir?
Wanita hamil berkemungkinan mengalami buasir disebabkan oleh tekanan yang dialami daripada berat bayi yang sedang membesar dan juga kesan daripada perubahan hormon. Masalah sembelit yang sering dihadapi ibu hamil juga boleh mengakibatkan terjadinya buasir.
Buasir merupakan perkara biasa ketika hamil. Dianggarkan 1 daripada 10 wanita hamil terkena buasir terutama semasa trimester terakhir kehamilan.

Dianggarkan 1 daripada 10 wanita hamil terkena buasir 






Apakah Kategori Buasir?
Kategori buasir boleh dibahagikan kepada dua bahagian mengikut lokasinya iaitu buasir luaran  dan buasir dalaman.

Buasir Luaran
Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan bawah kulit luar dubur. Pesakit  akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Tahap kesakitan yang dirasai setiap indidvidu adalah berbeza. Sesetengah mungkin merasa panas atau pedih, tetapi ada juga yang merasa  sedikit kurang selesa. Sakit yang teramat mungkin terjadi akibat salur darah yang tersumbat disebabkan darah beku.

Buasir Dalaman
Merupakan salur darah vena yang bengkak dibahagian dalam rektum. Pesakit akan mengadu mempunyai pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan . Ada juga pesakit merasa seperti ada unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini ada yang perlu ditolak balik ke dalam  namun ada juga yang hilang dengan sendirinya.

Apakah tips yang boleh diamalkan bagi mengatasi buasir ketika hamil?
1- Makan makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran,buah-buahan, roti bijirin penuh, pasta bijirin penuh dan beras perang.

2- Minum banyak air kosong dalam 2-3 liter sehari agar anda kekal terhidrat serta memastikan najis berkeadaan lembut.

3- Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut selepas membuang air besar. Lap dengan tuala lembut atau tisu tandas lembut tanpa bau pewangi. Bersihkan dengan kerap agar kebersihan tetap terjaga.

4- Bersegeralah ke tandas ketika terasa ingin membuang air besar. Menunda masa akan menyebabkan sembelit terjadi.

5- Cuba menaikkan kaki ke atas bangku ketika membuang air besar. Ini dapat membantu memudahkan proses pembuangan air besar.

6- Mandi air suam bagi mengurangkan kesakitan dan kegatalan. Elakkan menggaru di tempat yang gatal kerana boleh memburukkan keadaan.

7- Tuam dengan benda sejuk seperti pek ais bagi memberikan kelegaan di sekitar dubur. Ianya juga mampu mengurangkan bengkak.



Namun, sekiranya telah mencuba tips di atas tetapi masalah tersebut masih tidak selesai, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Selain daripada tips di atas, pengambilan supplemen juga dapat membantu mengatasi masalah sembelit ketika hamil. Saya syorkan anda mencuba set buasir ibu hamil shaklee yang  terdiri daripada:-


Ostematrix: Mengandungi kalsium magnesium yang membantu  melawaskan pembuangan

Omega Guard: Mengandungi minyak ikan omega-3  yang mampu mengurangkan bengkak atau keradangan akibat buasir.

Vitamin C: Berfungsi dalam membantu mempercepatkan penyembuh luka akibat buasir.



Testimoni



Semoga tips di atas bermanfaat dan sedikit sebanyak membantu masalah anda.

Sekiranya anda berminat untuk mencuba supplemen sebagai ikhtiar, hubungi saya segera untuk mendapatkan set buasir ibu hamil.
Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus whatsapp saya.Insyaallah saya sedia membantu.

Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee (khas untuk pembelian dengan saya) / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya

Nak saya bantu anda ?


SEBARANG  KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA

Your Shaklee Independent Distributor
Fadzli / Farah Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-9210042 / 016-9960209
♥ Shaklee ID : 1665070
♥ FB PAGE : Ez-Vitamin
♥ Website : www.ez-vitamin.com
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak Selayang Rawang Kepong Ampang KL
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia

ATAU

Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika  mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.





.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-vitamin.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK  bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.

7 Cara Mengatasi Penyakit Gout

Unknown



Apakah itu Gout?
Sebagaimana yang semua tahu buah pinggang berperanan untuk menapis darah dan menyingkirkan asid urik melalui air kencing.

Namun bagi pesakit gout, asid urik tidak mampu disingkirkan sepenuhnya, maka lama-kelamaan paras asid urik di dalam darah akan meningkat .

Seterusnya asid urik ini akan mendap di bahagian sendi especially di bahagian sendi besar. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari namun ia juga boleh berkumpul di bahagian sendi yang lain seperti di bahagian belakang, lutut, buku lali,  kaki,  pergelangan tangan, siku dan jari.

Asid urik boleh mengakibatkan keradangan pada sendi dan masa inilah serangan gout berlaku. Pesakit mula berasa sakit sehingga tidak boleh menggerakkan sendi yang terlibat.   
                     
Kebiasaannya serangan pertama kali berlaku kepada individu yang berumur dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun.

Walau bagaimanapun semua peringkat umur termaksud remaja juga boleh diserang oleh penyakit ini.

Apakah Penyebab terkena Gout ?
~ kerosakkan buah pinggang.
~ tekanan/stress
masalah kegemukan
~ Penghasilan terlalu banyak asid urik
~ terlalu sedikit penyingkiran asid urik kesan sampingan ubat 'diuretik'        
              
Apakah Faktor yang boleh menyumbang kepada penyakit Gout?
Serangan gout boleh disebabkan oleh beberapa faktor:-
1. Kecederaan kecil pada sendi.
2. Pengambilan air kosong yang kurang.
3. Pengambilan sesetengah jenis ubatan menyebabkan badan mengalami kekurangan air.
4. Mengamalkan diet yang melampau.
5. Pengambilan berlebihan minuman beralkohol.
6. Banyak mengambil makanan yang kaya dengan 'purin'.

Apakah kronologi perkembangan Gout?
Jom lihat  kronologi perkembangan gout yang sangat menyedihkan..

Peringkat 1: Darah Yang Pekat, Gelap, dan Mengalir Dengan Perlahan
Peringkat 2: Kualiti Tidur Yang Tidak Bagus. Kerap Rasa Letih dan Lesu.
Peringkat 3: Mati Pucuk atau  Lemah Tenaga Batin. Persembahan Tidak Tahan Lama
Peringkat 4: Serangan Gout pada Buku Lali atau  Ibu Jari Kaki
Peringkat 5: Serangan Gout Mula Merebak ke Tangan dan Lutut
Peringkat 6: Jari-jari Mula Mengeras dan Bengkok
Peringkat 7: Tofi Mula Menonjol Di Permukaan Kulit atau Bintik-bintik Kutikel Halus Muncul Di Sekeliling Cuping Telinga
Peringkat 8: Masalah  Pertumbuhan Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi, Buah Pinggang  dan lain-lain Penyakit Sekunder.
Peringkat 9: Peringkat Terakhir?

MASIH NAK DIBIARKAN??? JOM CEGAH SEBELUM PARAH.    
                  
Bagaimanakah Cara Mengatasi Gout?
Antara langkah bijak yang perlu diambil oleh pesakit ialah:-

1) Kawal berat badan. Kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik.
2) Kawal makanan dengan menghadkan pengambilan protien daripada sumber haiwan
3) Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.
4) Pilih produk tenusu yang mempunyai kandungan lemak yang rendah atau tanpa lemak.
5) Ambil karbohidrat kompleks dan tumpukan untuk makan lebih banyak bijirin, sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan kek.
6) Hadkan pengambilan gula. Pengambilan gula yang banyak akan menyebabkan kita kurang makan buah, sayur dan bijirin. Makanan yang mengandungi gula juga mempunyai banyak kalori yang akan menyebabkan anda mudah mengalami pertambahan berat badan.
7) Individu bukan Muslim dan mengambil minuman beralkohol hadkan pengambilan kepada 1 gelas wain atau 1 tin bir sahaja sehari kerana alkohol boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah.

Apakah Makanan yang Perlu Dielakkan oleh Pesakit Gout?
~ Ikan kembung, sardin, bilis
~ Organ dalaman seperti paru-paru, hati, ginjal dan otak
~ Makanan bercengkerang seperti kerang,  ketam dan  udang
~ Daging cincang
~ Ekstrak daging, ragi dan kiub rebusan daging

Apakah Makanan yang Perlu Dikurangkan Oleh Pesakit Gout?
~ Lentil, Peanuts, beans dan peas  
~ Bunga kobis, Asparagus, cendawan dan bayam
                                            
Apakah Supplemen yang Diperlukan oleh Pesakit Gout?
Supplemen yang dicadangkan untuk membantu pesakit Gout
1) VIVIX
2) OMEGA GUARD
3) ALFALFA
4) PERFORMANCE DRINK

VIVIX



Melindungi DNA, memperbaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalam genetik, menggalakkan pembentukan mitochindra didalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel

OMEGA GUARD


Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui didalam ikan laut dalam. Kedua-dua asid ini dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.

ALFALFA

Menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Pengambilan alfafa memerlukan pesakit mengambil air yg banyak utk tujuan detox

PERFORMANCE DRINK


Memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak berlaku dehydration.                                                       

Testimoni Pengguna Shaklee untuk Sakit Gout
Dibawah adalah antara testimoni pesakit gout 






GABUNGAN NUTRISI  UNTUK PESAKIT GOUT

"Tak cuba tak tahu, kena cuba dulu baru tahu"


Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk Shaklee boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Semua produk Shaklee adalah selamat, semulajadi serta terbukti berkesan, juga mempunyai ujian klinikal. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.


Nak saya bantu anda ?


SEBARANG  KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA

Your Shaklee Independent Distributor
Fadzli / Farah Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-9210042 / 016-9960209
♥ Shaklee ID : 1665070
♥ FB PAGE : Ez-Vitamin
♥ Website : www.ez-vitamin.com
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak Selayang Rawang Kepong Ampang KL
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia

ATAU

Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika  mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.





.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-vitamin.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK  bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.

Apakah Osteoarthritis Dapat Disembuhkan?

Unknown





Pernah tak anda bertemu dengan doktor kerana sakit sendi dan doktor cakap seperti ini:

"Pakcik..ini sebab pakcik dah tua, lutut tu dah haus"
"Makcik..sebab berat badan ni, tekanan pada sendi buatkan dia haus"
"Kusyen antara sendi tu dah tak ada"
"minyak dia dah kurang"


Pasti ada yang mengalami seperti di atas bukan? Sebelum kita membincangkan sama ada penyakit osteoarthritis boleh disembuhkan atau tidak. Eloklah jika kita ketahui juga sedikit sebanyak info berkenaan penyakit ini. 

Apa itu OA (Osteoarthritis)?
Osteoarthritis merupakan satu penyakit di mana sendi terasa ngilu dan kaku. Osteo bermaksud tulang, manakala arthritis bermaksud proses peradangan.

Menurut Edward H. Yelin PhD Medicine and Health Policy, University  california, osteoarthritis disebabkan oleh proses penghasilan, pembaharuan dan pemulihan tulang rawan di dalam sel terganggu.

Sumber: Shutterstock


Kebiasaannya terjadi pada lutut, paha dan tulang belakang. Kadangkala juga boleh terjadi pada sendi  di tangan. Sendi terdiri daripada tulang rawan yang berperanan sebagai bantal antara  dua tulang. Bagi penghidap OA, tulang rawannya tidak lagi dapat berfungsi sebagai bantal menyebab kedua tulang akan bergeseran ketika sedang bergerak menyebabkan sendi menjadi bengkak dan terasa ngilu.

Apakah Penyebab OA?
Antara penyebab OA adalah disebabkan oleh proses penuaan, trauma, obesiti dan sebagainya. OA terjadi apabila tulang rawan di dalam sendi terhakis atau rosak akibat penuaan. Apabila tulang rawan rosak, tulang akan bergeseran ketika sedang bergerak, sendi akan mula membengkak dan terasa sangat ngilu.

Kebarangkalian penyakit ini terjadi meningkat seiring usia kerana selalunya penyakit ini dikaitkan dengan masalah penuaan sendi.

(Gambar perbezaan sendi yang sihat dan Osteoarthritis)


Bagaimanakah Fasa perubahan sendi Penghidap OA (Osteoarthritis)?
1) Penipisan lapisan rawan yang akan menyebabkan ruang di antara sendi menjadi rapat
2) Penonjolan tulang (Osteophytes) pada keliling sendi.
3) Penghasilan cecair pelincir di dalam sendi semakin berkurangan.
4) Pergeseran di antara dua permukaan sendi  akan menyebabkan rasa sakit apabila pergerakan yang membebankan sendi dilakukan.


Apakah faktor yang menyebabkan seseorang berisiko terkena OA (Osteoarthritis)?

Faktor risiko terbahagi kepada 2:

1) Faktor Risiko boleh diubah:

Berat Badan
Semakin berat badan, semakin besar tekanan pada sendi, sendi akan menjadi lebih rapuh. Bukan itu sahaja, jaringan lemak pula akan menghasilkan protein yang boleh menyebabkan sendi menjadi bengkak
Aktiviti Senaman
Melakukan olahraga berat
Cara penggunaan sendi yang sebetulnya
Aktiviti mencangkuk atau berdiri lama lebih cenderung untuk menyebabkan osteoarthritis. Melakukan aktiviti yang tinggi bebanan terhadap sendi
Pemakanan dan Tabiat merokok
Cara pemakanan yang kurang sihat sehingga badan kekurangan nutrisi di tambah pula dengan gaya hidup yang tidak sihat boleh menyumbang kepada risiko osteoarthritis.
Penyakit lain
Diabetes atau rematik meningkatkan risiko OA.
Trauma
Individu yang mempunyai sejarah kecederaan sendi adalah 6 kali ganda berisiko untuk menghidapi OA.

2) Faktor risiko yang tidak boleh diubah:

Umur
Lebih kurang 9.3% di kalangan rakyat Malaysia menghidapi osteoarthritis. 23% daripadanya berumur lebih daripada 55 tahun manakala 39% daripadanya berumur lebih daripada 65 tahun.
Jantina
Wanita lebih cenderung mengalami osteoarthritis berbanding dengan lelaki.
Genetik
Sesetengahnya menghidap OA  kerana keturunan
Malformasi Skeletal
Individu dengan kelainan kongenital (sendi atau tulang) atau kelainan tulang rawan lebih berisiko OA. Jadi adalah lebih elok jika kita menumpukan perhatian kepada faktor risiko yang boleh diubah. Yang mana kita mampu mengawal faktor risiko ini bagi mengurangkan risiko mendapat penyakit OA.


Apakah nasihat yang sering diberi oleh doktor ketika disahkan mengalami OA?
1) Kurangkan berat badan
2) Kurangkan aktiviti yang membebankan sendi yang sakit
3) Gunakan sendi dengan cara yang betul
4) Mengambil vitamin atau supplemen seperti glucosamine,chondroitin dan kalsium
5) Amalkan gaya hidup yang sihat seperti pemakanan yang sihat, bersenam dan jauhi rokok

Apakah simptom penghidap OA(Osteoarthritis)?
1) Kekerasan dan kesakitan sendi terutamanya di waktu pagi
2) Otot semakin mengecil kesan dari kurang melakukan aktiviti
3) Sendi berbunyi klik dan menyakitkan apabila permukaan sendi bergeseran
4) Bengkak kesan daripada keradangan dalaman sendi
5) Pergerakan terbatas seperti kesukaran berjalan mengakibatan hidup kurang berkualiti .

Apakah osteoarthritis dapat disembuhkan?
Menurut Dr Shafuzain Ab Rahman, Pensyarah kanan dan pakar bedah Otopedik Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan USM,Kubang Kerian, sehingga kini masih belum ada rawatan yang betul-betul dapat menyembuhkan osteoarthritis sementara ubat-ubatan yang ada sekarang ini cuma dapat melambatkan proses degenerasi (kemerosotan) sendi. 

Ini supaya pembedahan gantian sendi dapat dielakkan ataupun setidak-tidaknya menolong menangguhkan daripada menjalani pembedahan, paling tidak pun sehingga apabila pesakit sudah tua serta tidak mempunyai aktiviti harian yang aktif lagi.

Apakah Rawatan bagi penyakit osteoarthritis?

Rawatan Osteoarthritis boleh dibahagikan kepada 3 kategori

1) Rawatan farmakologi

~ Analgesia atau ubat tahan sakit sering digunakan dalam merawat OA. Analgesia bukan opioid seperti paracetamol dan acetaminophen merupakan jenis analgesia ringan untuk OA tahap awal.
~ Ubat antiradang bukan steroid (NSAID) merupakan jenis kumpulan analgesia lain untuk OA. Doktor cenderung untuk preskrip NSAID kerana selain mengurangkan sakit OA, juga berfungsi bagi melegakan keradangan.
~ Cyclooxygenase-2 inhibitor (COX-2 inhibitor) merupakan jenis ubat penahan sakit terkini
~ Opiod merupakan kumpulan analgesia yang sangat kuat. Jenis analgesia terakhir digunakan tehadap pesakit OA tahap teruk.

Penggunaan ubatan berterusan di atas adalah tidak elok untuk jangka masa panjang.

~ Glucosamine bertindak mengembalikan cecair sendi dan bantu melicinkan pergerakan sendi bagi mengurangkan sakit sendi akibat pergeseran.
~ Chondroitin berfungsi menahan kerosakan lanjut rawan jika diambil diperingkat awal OA.
~ Diacerin berfungsi mengurangkan radang di sekitar sendi dan membantu mengurang sakit akibat OA.

Ubat jenis sokongan di atas tidak memberikan kesan sampingan yang teruk dan boleh diterima kebanyakan pesakit.

~ Ubat jenis suntikan seperti asid hylarunik bagi menambahkan cecair pada sendi bermasalah.


2) Rawatan bukan Farmakologi/ Rawatan sokongan

~ Skop rawatan yang luas seperti rawatan tradisional, alternatif  dan berkaitan pemakanan.
~ Fisioterapi biasa digunakan di hospital untuk rawatan OA. Pelbagai alatan bantu rawatan OA seperti diatermi gelombang pendek(SWD), terapi ultrasound, transcutaneous electrical nerve stimulation (TENS dan sebagainya.)
~ Senaman khas untuk pesakit OA atau senaman ringan seperti berenang, menunggang basikal, Tai Chi. Hanya sesuai untuk OA tahap awal atau sederhana.
~ Mengurangkan berat badan
~ Rawatan alternatif seperti Ayuverda, akupuntur, shiatsu, jenis-jenis urutan  dan sebgainya dikatakan turut dapat mengurangkan gejala OA.
~ Penggunaan supplemen, herba , gamat ataupun produk tradisional turut boleh dicuba.
~ Rawatan sokongan ini perlulah dapatkan nasihat daripada doktor  bagi mengelakkan sebarang kemungkinan tak diingini.


3) Pembedahan

~ Artroskopi, artrodisis, osteotomi (pembetulan tulang) dan pembedahan gantian tulang (artroplasti) merupakan contoh pembedahan yang boleh dilakukan untuk pesakit OA.
~ Mempunyai risiko sama seperti pembedahan lain seperti  jangkitan kuman, darah beku di kaki dan radang paru-paru. Namun kebarangkalian risikonya adalah kecil.  

Secara ringkasnya. Sekiranya sendi anda sakit doktor akan memberi ubat seperti dibawah:
1) Ubat tahan sakit
2) Ubat kurangkan bengkak
3) Ubat sapu/ ubat gosak / suntikan

Sekiranya masih sakit dan tidak boleh lagi dikawal dengan ubat-ubatan. Doktor akan mengesyorkan pembedahan menganti sendi atau dikenali sebagai Total knee Replacement Surgery. Pembedahan ini akan membuang sendi rosak dan mengantikan dengan sendi buatan. Antara risiko pembedahan ini adalah komplikasi ubat pelali yang mana boleh menyebabkan risiko kematian.

Risiko lain yang sering terjadi adalah jangkitan kuman pada sendi buatan tadi. Ianya boleh mengakibatkan pesakit demam, sering bernanah pada luka pembedahan sehingga sendi buatan tadi perlu dikeluarkan kembali bagi mengelakkan ia menjadi tempat pembiakan kuman.  Namun kebarangkalian risiko ini adalah kecil.

Tahukah anda bagaimana sendi anda boleh haus?
Sebagaimana yang diketahui, sendi terdiri daripada sel-sel dan mempunyai kitaran hidup yang tersendiri. Bermula daripada ia terbentuk hinggalah sel mati kemudian diganti dengan sel baru.
Setiap  jenis sel berlainan jangka waktu kitarannya, sebagai contoh sel darah yang jangka hayatnya hanya 120 hari, kemudian akan diganti dengan sel darah baru.

Jadi apa kaitannya dengan OA?
Sekiranya sel mati lebih banyak daripada sel yang baru (sel yang menggantikan), maka terjadilah kehausan sendi. Jika sel yang mati sama banyak  dengan sel yang baru, maka keadaan sendi kekal seperti biasa. Jika sel yang baru lebih banyak daripada sel yang mati, maka terjadilah penebalan sendi,namun ianya jarang berlaku.

Jadi sendi akan haus sekiranya salah satu keadaan berikut terjadi.:
1) Kadar sel lama yang mati lebih cepat, walaupun kadar penggantian sel  adalah tetap
2) Kadar pembentukan sel  baru dihasilkan menurun, walaupun kadar kematian sel adalah tetap.
3) Kadar sel yang mati lebih cepat ditambah pula dengan kadar penggantian sel yang lambat. (paling kronik)

Apakah sel-sel yang membentuk sendi kita?
Sendi adalah terdiri daripada hyaline cartilage. Ia tidak mempunyai saliran darah/limfatik/saraf seperti bahagian lain dalam tubuh. Majoritinya terbentuk daripada dense extracellular matrix (ECM). ECM ini terdiri daripada air,kologen, proteoglycan dan glycoprotein.

Rahsia yang ramai tidak tahu mengenai OA.
Berikut merupakan screen shot hasil kajian oleh saintis barat mengenai efek pengambilan kologen marin pada osteoarthritis (OA)
(Screenshot Journal)

Penyelidik mendapati, kologen dari sumber marin mempunyai kesan teraputik (menyembuhkan) terhadap penyakit OA, juga turut melindungi tulang (osteoprotective).

(screenshot journal)

Saintis merumuskan, kologen marin berupaya menurunkan keparahan penyakit radang seperti osteoarthritis (sakit sendi). Ini bermakna sekiranya pesakit sendi mengambil kologen marin, sakit akan beransur baik.

Kajian daripada Saintis Perancis

Mereka telah membuat kajian untuk melihat hubungan antara tingginya penguraian kologen type 2 dengan penyakit OA.

Berdasar kajian tersebut, pesakit osteoarthritis menunjukkan kadar pembuangan kologen type 2 yang tinggi di dalam air kencing. Jadi adakah mungkin kerana kologen banyak terbuang sehingga kekurangan kologen di dalam badan menyebabkan sendi mereka sakit?



Berdasarkan kajian yang telah dibuat, terdapat bukti yang kukuh bahawa kekurangan kologen type 2 boleh menyebabkan sakit sendi.

Usah risau, setiap penyakit pasti ada ubatnya. Penyelesaian kepada masalah ini dan sebagai alternatif bagi yang menghadapi masalah OA.

Adalah disyorkan untuk mengambil product vivix dan Shaklee collagen powder. Setiap produk ini ada fungsi dan kelebihannya dalam merawat sakit OA.

Vivix mampu mengatasi sakit sendi dan lutut.

1) Mempunyai kajian saintifik yang terbukti menyokong kenyataan diatas iaitu Scientific Evidence and Rationale for the Development of Curcumin and Resveratrol as neutraceutrical for Joint Health (Int J Mol Sci. 2012;13(4):4202-4232).Yang mana dapat dirumuskan bahawa resveratrol telah terbukti boleh membantu dalam mengatasi masalah OA.
2) Resveratrol mampu mengekalkan fungsi dan struktur sendi
3) Resveratrol dapat memperbaiki fungsi dan struktur sendi
4) Mengurangkan faktor yang menjadi punca kepada penyakit berkaitan sendi
5) Mampu melakukan penyelenggaraan yang baik pada sendi normal, serta memberikan perubahan yang lebih baik terhadap kesan fisiologi kepada sendi termasuklah dari segi kelebaran ruang sendi,pergerakan, kekakuan serta ketidakselesaan sendi.


Secara ringkasnya resveratrol yang terkandung dalam vivix ini amat berkesan membantu mengatasi masalah keradangan, memperbaiki sel DNA dan menghalang sel daripada rosak. Vivix mampu merawat masalah sehingga ke peringkat sel. Seperti mana yang dikongsikan di atas bahawa masalah kadar penggantian sel yang tidak seimbang menjadi punca sendi anda haus. Jadi dengan pengambilan vivix mampu mengatasi masalah tersebut.

Testimoni Vivix untuk sendi dan tulang



Shaklee Collogen powder terbaik untuk sendi dan tulang serta mampu menyokong kesihatan dan keanjalan sendi.

Kenapa saya cakap begitu? Sebab bukan semua supplemen collagen mampu menyembuhkan sendi anda ye. Memang sudah ramai yang sedar akan kepentingan collagen ni tapi tahukah anda bukan semua collagen di pasaran mengandungi type  II collagen yang mana penting untuk sendi.

Kebanyakan sendi kita diperbuat daripada type II collagen , namun ada juga sendi yang terdiri daripada collagen type 9,10 dan 11. Oleh itu, pastikan collagen yang anda ambil mengandungi bahan yang menyokong kesihatan sendi dan tulang.

Shaklee Collagen Powder mengandungi collagen lengkap untuk kesihatan kulit, sendi dan tulang anda.

Kita akan nampak lebih jelas kelebihan Shaklee Collagen Powder dengan melihat perbandingan jenis collagen dalam jadual dibawah:

Sumber utama produk collagen di pasaran boleh di dapati dari 4 sumber iaitu Bovine(Lembu), Khinzir(babi), Collagen ayam dan collagen ikan(laut). Boleh rujuk kepada jadual di bawah:

PERBEZAAN JENIS-JENIS COLLAGEN

Collagen Lembu,Babi,Ayam

Collagen Marine
Lebih murah

Agak Mahal
Diekstrak daripada kulit, tendon tulang rawan

Diekstrak daripada sisik ikan
Banyak type II collagen , sangat sedikit type 1 collagen
Mengandungi type I,II dan III Collagen
Saiz molekul yang sangat besar, sukar diserap
Saiz molekul kecil, mudah diserap, bioavailability

Terdedah kepada penyakit selsema burung, lembu gila
Bebas daripada penyakit selsema burung, lembu gila

Collagen daripada sumber marine (ikan) mempunyai “bioavailability ” iaitu kadar di mana ia diserap ke dalam aliran darah melalui dinding usus kita. Ini bermaksud marine(ikan) collagen memasui aliran darah dengan lebih pantas berbanding collagen jenis lain. Oleh itu, ia merupakan sumber collagen terbaik untuk kulit, tulang dan sendi.

Kenapa sumber utama  dalam Shaklee Collagen Powder adalah sisik ikan merah.? 

Diantara sebab Shaklee memilih sisik ikan merah  adalah kerana:

1) Kadar Penyerapan Collagen yang hebat
Shaklee Collagen Powder Drink menyediakan molekul yang kecil dan mempunyai kadar penyerapan yang lebih tinggi (1000 dalton yang paling optimum untuk penyerapan dalam badan)

2) Sisik ikan merah merupakan sumber premium

~ Ikan merah adalah ikan laut dalam yang mampu berenang sehingga 5000m ke dalam air
~ Sisik yang premium
~ Tahan tekanan
~ Sangat bersih,terhindar daripada pencemaran
~ Tinggi collagen
~ Setiap sachet mengandungi  4000mg collagen bagi setiap hidangan yang diambil
~ Bukan sekadar collagen

3) Shaklee Collagen Powder ditambah dengan 7 bahan aktif lain.


Camelia Japonica Seed Extract: biji pokok camelia japonica ini terdiri daripada asid oleik iaitu emolien dan pelembap kulit yang hebat  dan isoflavon iaitu antioksidan semulajadi yang mampu mengurangan radikal bebas.

Ptaffia extract: Ptaffia yang juga dikenali sebagai ‘ginseng brazil’ telah terbukti dapat membantu pembentukan collagen dan asid hyaluronik apabila digabungkan dengan ekstrak biji camelia japonica. Kemampuan luar biasa ektrak Ptaffia yang boleh mengikat jumlah air yang banyak membolehkan asid hyaluronik memainkan peranan penting dalam menghidrat tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembap, lembut serta licin.

Fish Collagen: Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel namun tegang, anjal dan gebu.

Ekstrak kekerang: Glucosamine dalam ektrak kekerang adalah sangat penting dalam sintesis cecair sinovial yang membekalkan pelincir untuk sendi-sendi dan menghidrat mata bagi melegakan ketidakselesaan.

Lactobacilus Acidophilus:  Merupakan bakteria baik yang membantu dalam mengimbangi mikroflora usus serta membantu membina semula sistem usus yang sihat seterusnya mampu meningkatkan collagen dalam badan.

Vitamin C, Vitamin B: Vitamin B berperanan dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan bagi penghasilan collagen di dalam sel. Vitamin C pula menggalakkan penghasilan collagen serta menentang radikal bebas yang dapat merosakkan kulit .

4) Terbukti Berkesan
Hampir 71% memberitahu bahawa kulit mereka lebih baik selepas pengambilan Shaklee Collagen Powder. Terdapat juga  ujian klinikal pihak ketiga yang menyokong fakta ini.


Collagen Powder terbukti berkesan dalam tempoh 8 minggu pengambilan.

Testimoni Shaklee Collagen Powder untuk sendi dan tulang




Jangan biarkan sakit sendi dan lutut ini menganggu pergerakan orang tersayang... kecil pelaburannya tapi besar manfaatnya. Jadikan hadiah setiap bulan untuk ibubapa kita.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk Shaklee boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Semua produk Shaklee adalah selamat,semulajadi serta terbukti berkesan, juga mempunyai ujian klinikal. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Nak saya bantu anda ?


SEBARANG  KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA

Your Shaklee Independent Distributor
Fadzli / Farah Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-9210042 / 016-9960209
♥ Shaklee ID : 1665070
♥ FB PAGE : Ez-Vitamin
♥ Website : www.ez-vitamin.com
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak Selayang Rawang Kepong Ampang KL
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia

ATAU

Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika  mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.





.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-vitamin.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK  bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.

Coprights @ 2017 ez-vitamin.com Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib