Kepentingan Kalsium Dalam Badan

Unknown


APA ITU KALSIUM
Kalsium (Ca2) ialah unsur logam perak-putih dalam kumpulan alkali bumi. 99% Kalsium dalam badan manusia adalah di dalam tulang dan gigi. Baki 1% adalah dalam darah dan cecair badan. [1]

KEPENTINGAN KALSIUM
  • Kalsium sangat penting dalam mengekalkan kekuatan tulang dan gigi.
  • Kalsium juga berperanan dalam fungsi sel saraf, pengawalaturan pengecutan otot, dan pembentukan darah beku.
  • Kalsium juga penting supaya banyak protein penting dalam badan boleh melaksanakan fungsi metabolik dengan betul di seluruh badan.[2]   


MENGAPA KALSIUM PERLUKAN VITAMIN D?
  • Peratus kalsium yang diserap ke dalam darah biasanya berkurangan dengan pengambilan Kalsium yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, jumlah Kalsium diserap biasanya lebih besar dengan pengambilan Kalsium yang lebih tinggi.
  • Peratus kalsium diserap ke dalam darah adalah paling tinggi di kalangan bayi, kemudian beransur-ansur menurun dengan usia.
  • Peratus Kalsium diserap ke dalam darah juga meningkat dalam tempoh dua trimester terakhir kehamilan.
  • Vitamin D diperlukan untuk meningkatkan penyerapan Kalsium dan Fosforus serta membantu mengawalatur penyimpanan Kalsium dan Fosforus di dalam tulang. Ini membantu mengekalkan penyimpanan mineral di dalam tulang. 
  • Kekurangan Vitamin D mengurangkan penyerapan Kalsium dan penyimpanan mineral di dalam tulang, lantas menyebabkan tulang yang lembut dan tidak sempurna.
  • Manifestasi ini dikenali sebagai rikets dalam kanak-kanak dan osteomalasia dalam orang dewasa.
  • Vitamin D boleh dihasilkan di dalam badan melalui tindakan cahaya matahari ke atas kulit. Selain itu, Vitamin D juga boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, kuning telur dan produk tenusu yang diperkuat dengan Vitamin D.
  • Dos Vitamin D yang diperlukan untuk penyerapan yang optimum adalah 400 – 800 IU.



APA KESAN KEKURANGAN KALSIUM DALAM BADAN?
Kalsium adalah mineral penting. Badan kita menggunakan Kalsium untuk menstabilkan tekanan darah dan membina tulang dan gigi yang kuat. Apabila badan kita tidak mendapat kalsium yang cukup akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit seperti osteoporosis, osteopenia, dan penyakit kekurangan kalsium (hypocalcemia).

Kita perlu mengambil jumlah Kalsium setiap hari seperti yang disyorkan melalui makanan yang kita makan, makanan tambahan atau vitamin.

APAKAH GEJALA-GEJALA PENYAKIT KEKURANGAN KALSIUM?
Kekurangan Kalsium pada peringkat awal tidak menyebabkan apa-apa gejala. Walau bagaimanapun, jika dibiarkan berlarutan, pelbagai gejala akan berkembang. Antara gejala yang teruk berkaitan penyakit kekurangan kalsium termasuk:


Kekurangan kalsium boleh menjejaskan semua bahagian badan, menyebabkan kuku yang lemah, pertumbuhan rambut lebih perlahan dan rapuh serta kulit yang nipis.

Kalsium juga memainkan peranan penting dalam kedua-dua pelepasan neurotransmitter (penghantar neuron) dan pengecutan otot. Jadi, kekurangan kalsium boleh membawa kepada penyakit sawan pada orang yang sihat.

Jika anda mula mengalami gejala-gejala seperti kehilangan ingatan, kebas, halusinasi atau sawan, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin.[3]

Apakah komplikasi kemungkinan penyakit kekurangan kalsium?
Antara komplikasi daripada penyakit kekurangan kalsium termasuk kerosakan mata, degupan jantung yang tidak normal, dan osteoporosis.

Komplikasi daripada osteoporosis termasuk kecacatan, patah tulang belakang atau tulang-tulang yang lain dan kesukaran berjalan. Jika tidak dirawat, penyakit kekurangan kalsium boleh membawa maut..[4]


TANDA-TANDA OSTEOPOROSIS
Kebiasaannya orang yang terkena Osteoporosis tidak sedar bahawa dia mempunyai osteoporosis sehingga keretakan pada tulang berlaku. Walau bagaimanapun, kita boleh berjaga-jaga jika terdapat tanda-tanda berikut:
  • Kesakitan akibat patah tulang kerana kemalangan kecil. Osteoporosis biasanya berlaku pada pergelangan tangan, tulang belakang dan pinggul yang boleh menyebabkan kesakitan, kecacatan dan dalam kes keretakan pinggul yang teruk menyebabkan ketidakupayaan seseorang untuk berjalan.
  • Kehilangan ketinggian secara beransur-ansur akibat patah tulang belakang. Jika seorang dewasa yang muda kehilangan 6 cm (2.5 inci) dia berkemungkinan mempunyai tulang belakang yang patah.
  • Postur membongkok yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapati pakaiannya tidak selesa dipakai dengan betul akibat patah beberapa tulang belakang.
  • Berterusan sakit belakang di bahagian bawah atau atas samada pada tulang atau otot
  • Kuku yang rapuh[5]



BERAPA BANYAK KEPERLUAN KALSIUM HARIAN YANG OPTIMUM?
Saranan pengambilan Kalsium dan Nutrien lain telah disediakan di dalam Dietary Reference Intakes (DRIs) yang dibangunkan oleh Food and Nutrition Board (FNB) di Institute of Medicine of the National Academies (dahulunya dikenali sebagai National Academy of Sciences).

DRI adalah istilah umum untuk satu set rujukan yang digunakan untuk perancangan dan penilaian dalam pengambilan nutrient oleh orang-orang yang sihat. Ia berbeza mengikut umur dan jantina.[6]

* Adequate Intake (AI)

Mengikut Persatuan Osteoporosis Malaysia, Kalsium perlu diambil selepas makan dalam dos yang berasingan tidak melebihi 500mg setiap dos. Kalsium juga perlu diambil bersama Vitamin D 400 – 800 IU.[7]

Jadi, secara puratanya, manusia dewasa yang normal perlukan Kalsium sebanyak 1000 mg – 1200 mg sehari.

KAT MANA NAK DAPAT KALSIUM BANYAK MACAM NI?

Terdapat banyak sumber Kalsium yang kita boleh dapati dengan mudah, antaranya:

1- Sumber Makanan

Kadar kandungan Kalsium setiap makanan adalah berbeza. Untuk meningkatkan kadar kesihatan kita dengan pengambilan Kalsium, pilih cadangan makanan berikut:
  • Produk rendah lemak atau tanpa lemak seperti susu, cheese dan yogurt
  • Kacang soya dan taufu
  • Sayur-sayur hijau seperti brokoli
  • Ikan sardine dan salmon dengan tulang
  • Makanan yang diperkaya dengan kalsium dan jus


Table 2: Selected Food Sources of Calcium[8]
Food
Milligrams (mg)
per serving
Percent DV*
Yogurt, plain, low fat, 8 ounces
415
42
Mozzarella, part skim, 1.5 ounces
333
33
Sardines, canned in oil, with bones, 3 ounces
325
33
Yogurt, fruit, low fat, 8 ounces
313–384
31–38
Cheddar cheese, 1.5 ounces
307
31
Milk, nonfat, 8 ounces**
299
30
Soymilk, calcium-fortified, 8 ounces
299
30
Milk, reduced-fat (2% milk fat), 8 ounces
293
29
Milk, buttermilk, lowfat, 8 ounces
284
28
Milk, whole (3.25% milk fat), 8 ounces
276
28
Orange juice, calcium-fortified, 6 ounces
261
26
Tofu, firm, made with calcium sulfate, ½ cup***
253
25
Salmon, pink, canned, solids with bone, 3 ounces
181
18
Cottage cheese, 1% milk fat, 1 cup
138
14
Tofu, soft, made with calcium sulfate, ½ cup***
138
14
Ready-to-eat cereal, calcium-fortified, 1 cup
100–1,000
10–100
Frozen yogurt, vanilla, soft serve, ½ cup
103
10
Turnip greens, fresh, boiled, ½ cup
99
10
Kale, fresh, cooked, 1 cup
94
9
Ice cream, vanilla, ½ cup
84
8
Chinese cabbage, bok choi, raw, shredded, 1 cup
74
7
Bread, white, 1 slice
73
7
Pudding, chocolate, ready to eat, refrigerated, 4 ounces
55
6
Tortilla, corn, ready-to-bake/fry, one 6” diameter
46
5
Tortilla, flour, ready-to-bake/fry, one 6” diameter
32
3
Sour cream, reduced fat, cultured, 2 tablespoons
31
3
Bread, whole-wheat, 1 slice
30
3
Kale, raw, chopped, 1 cup
24
2
Broccoli, raw, ½ cup
21
2
Cheese, cream, regular, 1 tablespoon
14
1

* DV = Daily Value. DVs were developed by the U.S. Food and Drug Administration to help consumers compare the nutrient contents among products within the context of a total daily diet. The DV for calcium is 1,000 mg for adults and children aged 4 years and older. Foods providing 20% of more of the DV are considered to be high sources of a nutrient, but foods providing lower percentages of the DV also contribute to a healthful diet.


Namun, untuk membantu badan anda menggunakan Kalsium yang anda dapat secara optimum anda perlulah:
  • Mengelakkan lebihan protein haiwan, sodium, alkohol dan kafein kerana ini perkara yang boleh menyebabkan anda kehilangan kalsium
  • Makan makanan yang seimbang dengan pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan makanan yang kaya dengan kalsium rendah lemak atau bebas lemak.[9]


2- Makanan Tambahan / Supplemen / Vitamin
Cara yang terbaik untuk cuba untuk mendapatkan kalsium adalah melalui makanan yang kita makan. Walau bagaimanapun, kalsium dalam makanan tambahan boleh juga digunakan oleh badan kita pada bila-bila masa dan boleh membantu kita untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi jika kita tidak mampu untuk mendapatkan cukup Kalsium daripada diet pemakanan harian kita.[10]

Alternatif lain adalah anda boleh mengamalkan makanan tambahan atau supplemen. Supplemen yang terbaik adalah yang mempunyai kandungan Kalsium yang mencukupi keperluan harian anda. Selain itu, supplemen tersebut juga mesti mengandungi Vitamin D yang cukup untuk membawa Kalsium ke seluruh badan. Kandungan Vitamin D yang optimum adalah antara 400 – 800 IU.

Antara Vitamin tambahan yang terbaik adalah seperti:

1) OsteMatrix™
Ramuan
Amaun Setiap Kaplet
Vitamin D3 (sebagai kolekalsiferol)
100 IU
Kalsium (sebagai kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malat)
250 mg
Magnesium (sebagai magnesium oksida, magnesium glokonat dan magnesium sitrat)
100 mg
Zink (sebagai zink glukonat)
10.4 mg
Kuprum (sebagai kuprum glukonat)
0.05 mg
Mangan (sebagai mangan glukonat)
0.05 mg
Boron (sebagai mineral surih hidrolisat protein)
0.75 mg

2) Vita-Lea® Iron Formula
Ramuan
Amaun Setiap Tablet
Vitamin A (sebagai Beta Karotena)
1250 IU
Vitamin A (sebagai Vitamin A asetat)
1250 IU
Vitamin C (sebagai asid askorbik)
60 mg
Vitamin D3 (sebagai kolekalsiferol)
200 IU
Vitamin E (sebagai alfa-d tokoferil asid suksinat)
30 IU
Tiamina (sebagai tiamina mononitrat)
0.75 mg
Riboflavin
0.85 mg
Niasin (sebagai niasinamida)
10 mg
Vitamin B6 (sebagai piridoksin hidroklorida)
1 mg
Folat (sebagai asid folik)
200 mcg
Vitamin B12 (sebagai sinokobalamin)
3 mcg
Biotin (sebagai biotin-d)
150 mcg
Asid Pantotenik (sebagai kalsium-d pantotenat)
5 mg
Kalsium (sebagai dikalsium fosfat)
225 mg
Fosforus (sebagai dikalsium fosfat)
175 mg
Iodin (sebagai kalium iodida dan rumpai laut)
75 mg
Magnesium (sebagai magnesium oksida)
100mg
Zink (sebagai zink glukonat)
7.5 mg
Selenium (sebagai mineral surih hidrolisat protein)
35 mcg
Kumprum (sebagai kuprum glukonat)
1 mg
Mangan (sebagai mangan glukonat)
1 mg
Kromium (sebagai mineral surih hidrolisat protein)
60 mcg
Molibdenum (sebagai mineral surih hidrolisat protein)
37.5 mcg
Nikel (sebagai mineral surih hidrolisat protein)
7.5 mcg
Tin (sebagai mineral surih hidrolisat protein)
5 mcg
Vanadium (sebagai mineral surih hidrolisat protein)
10 mcg
Boron (sebagai mineral surih hidrolisat protein)
0.5 mcg
Zat Besi (sebagai ferus fumarat)
9 mcg

3) ESP - Soy Protein Isolate Powder

Setiap Hidangan
Campuran Kosong
Setiap 100 g
Tenaga
105 Kcal
369.7 Kcal
Carbohydrate
10 g
35.2 g
Gula
9 g
31.7 g
Protein
14 g
49.3 g
Lemak
1 g
3.5 g
Lemak Tepu
0.2 g
0.7 g
Lemak Trans
0.0 g
0.0 g
Lemak Monotaktepu
0.1 g
0.4 g
Lemak Monotaktepu
0.5 g
1.8 g
Kolesterol
0 mg
0.0 mg
Fosforus
250 mg
880.3 mg
Kalsium
500 mg
1760.6 mg
Sodium
170 mg
598.6 mg
Niasin
10 mg
35.2 mg
Asid Pantotenik
2 mg
7.0 mg
Tiamin
2 mg
7.0 mg
Riboflavin
2 mg
7.0 mg
Zat Besi
3 mg
10.6 mg
Vitamin B6
0.5 mg
1.8 mg

Kesimpulan
Walau apa pun jenis penyakit, kita mesti yakin bahawa Tuhan telah sediakan penawarnya. Penawar yang terbaik adalah “mencegah” daripada penyakit berlaku. Salah satu cara untuk mencegah sesuatu penyakit daripada berlaku adalah melalui diet pemakanan harian kita. Selain itu, pengambilan supplemen atau Vitamin tambahan juga amat membantu dalam proses mencegah penyakit. Yang paling penting sekali adalah amalkan gaya hidup yang sihat dengan bersenam secara konsisten sekurang-kurangnya 15 minit sehari.


Inginkan Supplemen Untuk MengOPTIMUMkan Kalsium Dalam Badan Anda ?
SILA HUBUNGI SAYA
SEBARANG  KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA

Your Shaklee Independent Distributor
Fadzli / Farah Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-9210042 / 016-9960209
♥ Shaklee ID : 1665070
♥ FB PAGE : Ez-Vitamin
♥ Website : www.ez-vitamin.com
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak Selayang Rawang Kepong Ampang KL
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia

ATAU

Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika  mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.





.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-vitamin.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK  bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.




[1] Refer: http://www.encyclopedia.com/science-and-technology/chemistry/compounds-and-elements/calcium
[2] Refer: http://www.encyclopedia.com/science-and-technology/chemistry/compounds-and-elements/calcium
[3] Refer: http://www.healthline.com/health/calcium-deficiency-disease#Symptoms3
[4] Refer: http://www.healthline.com/health/calcium-deficiency-disease#Treatment6
[5] Refer: http://www.osteoporosis.my/aboutOsteo/thesymptoms.asp
[6] Refer: https://ods.od.nih.gov/factsheets/Calcium-HealthProfessional/#en1
[7] Refer: http://www.osteoporosis.my/aboutOsteo/faq.asp
[8] Refer: https://ods.od.nih.gov/factsheets/Calcium-HealthProfessional/#en2
[9] Refer: http://www.osteoporosis.my/aboutOsteo/faq.asp
[10] Refer: http://www.osteoporosis.my/aboutOsteo/faq.asp

Bagaimana Vivix Membantu Mencegah Risiko Penyakit Kencing Manis

Unknown








Bagaimana Vivix Membantu Anda ?

1) Vivix Membantu Mengawal Kepekatan Glukosa Dalam Darah
Di sini polyphenol dari Vivix bertindak dengan memperlahan pencernaan karbo kepada glukosa, yang mana glukosa akan dilepaskan secara perlahan dan berperingkat, dan insulin mampu untuk menyerap glukosa menjadi tenaga juga dengan lebih sempurna. Maka tiada berlakunya pengumpulan gula atau glukosa dalam satu masa.


2) Memperlahankan Sindrom Resistansi Insulin atau Metabolik Sindrom
Secara normal, selepas makan, insulin dilepaskan dari pankreas dan memberi signal kepada jaringan  pada tubuh untuk menyerap glukosa dan kadar glukosa akan menurun dalam darah. Tetapi bagi pesakit diabetes, sensitiviti terhadap insulin sangat rendah, kadar rembesan insulin tidak dapat merangkumi atau menyerap sepenuhnya glukosa yang terjadi didalam tubuh selepas pengambilan makanan, sekaligus menyebabkan kadar glukos meningkat dan terkumpul didalam darah. Ini dipanggil Sindrom Resistansi Insulin yang lazimnya mengakibatkan Diabetes Melitus Jenis 2.

Disinilah Vivix menjalankan kewajipannya. Vivix yang mengandungi kandungan resveratrol yang tinggi akan bertindak sehingga keperingkat sel dan memperbaiki sel yang rosak serta memberikan tenaga kepada sel selanjutnya meningkatkan sensitiviti sel untuk bekerja dengan lebih sempurna untuk menyerap glukosa dan meningkatkan sensetiviti pankreas utk merembeskan insulin dengan jumlah yang lebih banyak. Ini bagi memastikan glukosa lebih mudah diserap dan ditukar menjadi tenaga oleh sel.


3) Mencegah Pembentukan Protien AGE
Protien AGE (Advance Glycation End-product) adalah gabungan protien dan gula yang terjadi disebabkan gula dan lemak atau protien berlebihan didalam darah. Protien AGE ini sangat tidak bagus kerana mampu berhimpun dan menyaluti sel normal sehingga menjadikan sel-sel ini rosak sekaligus tidak dapat berfungsi dengan baik dan membunuh sel-sel tubuh kita.
Protien AGE ini sering terjadi kepada pesakit diabetes melitus jenis 2 disebabkan kandungan gula yang tinggi berkumpul dalam salur darah mereka. Protien AGE ini akan menyebabkan komplikasi terhadap penyakit-penyakit berkaitan seperti stroke, jantung, hypertensi dan kolestrol juga lebih cepat terjadi. Kerosakan-kerosakan organ atau saraf juga akan berlaku dengan lebih cepat.
Disini Vivix dari Shaklee yang mempunyai gabungan resveratrol dan polyphenol bertindak mencegah dan melambatkan rangkaian ikatan gula dan protien yang membentuk protien AGE. Hebat kan? Kerana ia bertindak dari akar umbi, dari sel DNA ia mampu tembusi.


.
.
........................................
BERMINAT NAK MENCUBA Vivix® ?
ATAU
INGINKAN MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PRODUK INI ?
SILA HUBUNGI SAYA

SEBARANG  KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA

Your Shaklee Independent Distributor
Fadzli / Farah Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-9210042 / 016-9960209
♥ Shaklee ID : 1665070
♥ FB PAGE : Ez-Vitamin
♥ Website : www.ez-vitamin.com
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak Selayang Rawang Kepong Ampang KL
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia

ATAU

Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika  mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.




Ingat !
Jika anda sayangkan diri anda, lebih baik mencegah daripada mengubati.
Jangan tunggu sampai kronik baru nak cari rawatan. Jika tidak dirawat atau dicegah dari peringkat awal komplikasi penyakit yang lebih serius mungkin akan menimpa anda.






............................
Disclaimer: Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengguna sebenar. Pengguna dinasihatkan menggunakan produk ini seperti arahan pada produk. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada pengguna di atas penggunaan produk ini. Disarankan untuk dapatkan khidmat nasihat doktor terlebih dahulu.



KENAPA PSEUDOSCIENCE WATCH KECAM SHAKLEE?

Unknown


ISU HANGAT !
Salam Ramadan semua. Baru-baru ni timbul isu hangat yang ditimbulkan oleh salah satu FB Page yang agak terkenal iaitu PSEUDOSCIENCE WATCH berkaitan isu Vivix Shaklee. Kalau anda seorang yang rajin layari page tersebut mesti anda akan nampak isu-isu kontroversi yang selalu ditimbulkan. Kebanyakannya berkaitan perubatan dan sains.

Dalam isu ni saya lebih berminat nak kupas berkaitan etika pemasaran. Apa yang saya faham isu berkaitan Vivix Shaklee yang baru-baru ini timbul sebenarnya bukan masalah pada produk itu sendiri tapi pada masalah cara produk itu dipasarkan. Pernah dengar istilah “unsubstantiated claim”?Atau maksudnya “dakwaan yang tidak munasabah”. Mungkin orang yang dalam bidang marketing familiar dengan istilah ni.

Jangan terkejut, unsubstantiated claim atau overclaim ni bukan sahaja pada produk ubatan tapi merangkumi semua produk. Kalau ingat dulu mesti kita pernah dengar iklan kat TV “100% berkesan melawan bakteria”, “cepat menghilangkang sakit kepala” dan banyak lagi. Tapi sekarang yang selalu kita dengar “99.9% berkesan melawan bakteria”, “melegakan sakit kepala”. Sebab apa ayat itu diubah?sebab tak nak jadi overclaim la nanti.

Kalau anda biasa buat iklan berbayar guna FB Ads atau Google Adwords, mesti anda biasa dengan istilah tu. So, kalau overclaim tu memang sah-sah kena "disapproved", paling teruk kena flag.

APA ITU SCAM?
Kemudian, ada satu lagi isu iaitu scam. Kita amat berterima kasih kepada page tersebut sebab banyak membantu mendedahkan kepada rakyat Malaysia dalam mengenalpasti dan mengelakkan diri daripada terjebak dengan scammer-scammer kat luar sana. Tak kiralah yang berkaitan hartanah, MLM, ubatan dan macam-macam lagi.

Tapi, tahukah anda apa itu scam?


Secara ringkasnya, scam adalah skim penipuan bertujuan untuk mengambil untung melalui urusan yang dibuat dengan cara penipuan maklumat semasa urusan tersebut. Senang cerita skim “tipu dan untung”. Dan isunya di sini Vivix telah dikatakan scam sebab overclaim. 

Anda pernah tengok kotak pada produk ni?
Produk PCM*

Produk Vivix Shaklee*

(*Gambar-gambar di atas hanya sekadar contoh, tiada kena mengena dengan mana-mana pihak)

Tapi ada disclaimer atau penafian dalam produk tersebut:

Persoalannya adakah Vivix Shaklee itu scam?dan adakah produk “PCM” di atas juga scam sebab overclaim? atau adakah iklan penjual atau dealer produk-produk tersebut sebenarnya yang scammer? anda carilah jawapan sendiri.

Saya bukan cuba untuk promosi Vivix Shaklee apatah lagi menidakkan keberkesanan produk-produk lain. Cuma isunya sekarang kita perlu bersikap adil dalam memberi justifikasi. Poin penting kat sini adalah iklan kedua-dua produk ini pada saya ada ciri-ciri overclaim.

Satu lagi, anda pernah pergi hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan? Kalau anda pernah berjumpa dengan doktor atau jururawat yang mengatakan ubat atau rawatan tertentu boleh menyembuhkan 100% penyakit anda maka dia juga adalah "scammer", lebih-lebih lagi kalau klinik atau hospital swasta. Sebab itu doktor dan jururawat tertakluk pada etika kedoktoran yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk membendung masalah seperti ini berlaku.

APA ITU PENAWAR?
Alhamdulillah sejak kecil saya sudah dididik oleh ibu bapa agar semua perkara kita dahulukan dengan merujuk Al-Quran dan Sunnah. Agama melarang kita menjerumuskan diri daripada sesuatu yang boleh memudaratkan diri. Dalam istilah orang putihnya “prevention is better than cure”.

Saya optimis penyakit yang menimpa seseorang adalah merupakan salah satu dari ujian-ujian Allah s.w.t. Ujian, cubaan dan bala Allah ke atas hambaNya ada mempunyai tujuan dan hikmahnya yang tersendiri.

Dan saya amat optimis dan percaya dengan sabda Nabi:
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:"Tiap-tiap penyakit itu (ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"(Riwayat Muslim dan Ahmad)
Mencari penawar penyakit adalah menjadi kewajiban sebagai usaha dan ikhtiar manusia. Satu penyakit mungkin hanya mempunyai satu ubat namun berkemungkinan juga mempunyai puluhan ubat. Manusia dengan teknologi yang ada telah membuat kajian, penyelidikan serta penemuan. Oleh yang demikian kita selalu mendengar bidang-bidang perubatan seperti perubatan moden, Homeopati, Perubatan cina, Tradisional, Rawatan Islam dan berbagai-bagai lagi.

Ada ubat yang memang ubat, ada ubat yang ada kesan sampingan, ada yang tidak ada kesan sampingan, ada supplemen tambahan dan berbagai-bagai jenis yang berada dalam pasaran.

Apa yang penting kita sebagai manusia tak boleh mendakwa bahawa produk kita 100% mujarab dengan menidakkan keberkesanan rawatan lain. Ini bukan sahaja menyalahi etika malahan menyalahi syariat islam.

Jika contoh ada yang mendakwa kimoterapi adalah penawar kepada kanser dan tiada kesan sampingan, maka andalah sebenarnya yang "scammer". 

Walau apa pun, alhamdulillah kita di Malaysia sudah ada usaha untuk mengharmonikan antara rawatan tradisional dan komplementri.

Apa yang penting bagi seorang doktor atau perawat adalah menginginkan kesihatan pesakit atau orang yang dirawat. Waktu yang paling gembira bagi mereka adalah waktu mendengar khabar kesihatan pesakit mereka, seolah-olah hilang semua penat lelah selama merawat mereka.

MEMBUKA MATA SEMUA PIHAK
Alhamdulillah, isu yang diketengahkan telah membuka mata semua pihak. Saya yakin page pseudoscience watch berniat baik untuk menyedarkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab bukannya untuk merosakkan perniagaan orang lain. Inilah yang dikatakan “check and balance”.

Namun pada pendapat saya tuduhan sesetengah pihak terhadap Shaklee dealer semata-mata untuk jual ubat tidak boleh dipukul rata. Ada kalangan mereka bagi percuma kepada ibu bapa, kawan-kawan dan orang yang memerlukan.

Saranan saya kepada pihak-pihak yang bertangungjawab:
1) Shaklee Malaysia
  • Diharap dapat menjalankan pemantauan lebih agresif kepada dealer yang tidak beretika dan mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada mereka (saya minta maaf, mungkin undang-undang ni sudah ada tapi saya yang kurang tahu)

2) SID (Shaklee Independent Distributor)
  • Diharap dapat mematuhi etika dan peraturan yang ditetapkan oleh Shaklee Malaysia. Diharap uplines dapat memantau anak buah masing-masing dan melaporkan kepada HQ jika ada anak buah yang tidak beretika.
  • Dapat mendalami ilmu marketing. Kalau nak berniaga tu jangan lokek keluar duit cari ilmu marketing. Bisnes bukannya pandai buat duit je, tapi etika kena jaga juga.

3) Pengguna
  • Pilihan di tangan anda. Kalau anda rasa cara itu yang berkesan maka terpulanglah. Yang penting anda sihat. Dan nasihat saya elakkanlah dari penjual-penjula yang seolah-olah “memaksa” sebab mereka cuma pentingkan duit berbanding manfaat yang anda dapat.


ILMU MARKETING
Saya nak share sikit ilmu marketing online yang saya ada yang tak seberapa ni. Tips marketing online:
  1. Wujudkan Trust : bina kepercayaan orang kepada anda.
  2. Jangan Hard Sell : jangan seolah-olah memaksa orang untuk beli produk anda
  3. Tawan Emosi : guna teknik copywriting yang betul untuk tawan emosi pembeli
  4. Menuntut Ilmu : belanjakan duit khas untuk belajar marketing

Akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya yang tak seberapa puitis ni. Nasihat saya:
  • Walau siapa pun kita kena ingat buat apa-pun mesti ada ilmu.
  • Jagalah kesihatan anda, sebab kalau sudah mula sakit susah untuk pulih semula dan jangan salahkan ubat kalau anda tak boleh sembuh.
  • Yang paling penting, kena ingat ubat dan penawar itu bukan TUHAN yang boleh memberi keajaiban kepada anda. 
Note: Harapan saya agar pakar-pakar dari bidang perubatan moden, perubatan tradisional, perubatan rawatan Islam dan pakar nutrisi duduk semeja untuk sama-sama mencari solusi kepada penyakit-penyakit di negara kita ni. Jangan kita hanya percaya bulat-bulat kepada media sosial yang kita tak tahu siapa identiti pemilik media tersebut.


Terima kasih;

Mohamad Fadzli
“Suami Seorang SID”
B.A, M.A (UIAM)
Staff Marketing di sebuah syarikat swasta

Coprights @ 2017 ez-vitamin.com Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib