Pernah tak anda bertemu dengan doktor kerana sakit sendi dan doktor cakap seperti ini:
"Pakcik..ini sebab pakcik dah tua, lutut tu dah haus"
"Makcik..sebab berat badan ni, tekanan pada sendi buatkan dia haus"
"Kusyen antara sendi tu dah tak ada"
"minyak dia dah kurang"
Pasti ada yang mengalami seperti di atas bukan? Sebelum kita membincangkan sama ada penyakit
osteoarthritis boleh disembuhkan atau tidak. Eloklah jika kita ketahui juga
sedikit sebanyak info berkenaan penyakit ini.
Apa itu OA (Osteoarthritis)?
Osteoarthritis merupakan satu penyakit di mana
sendi terasa ngilu dan kaku. Osteo bermaksud tulang, manakala arthritis
bermaksud proses peradangan.
Menurut Edward H. Yelin PhD Medicine and Health
Policy, University california,
osteoarthritis disebabkan oleh proses penghasilan, pembaharuan dan pemulihan
tulang rawan di dalam sel terganggu.
Sumber: Shutterstock |
Kebiasaannya terjadi pada lutut, paha dan
tulang belakang. Kadangkala juga boleh terjadi pada sendi di tangan. Sendi terdiri daripada tulang
rawan yang berperanan sebagai bantal antara
dua tulang. Bagi penghidap OA, tulang rawannya tidak lagi dapat
berfungsi sebagai bantal menyebab kedua tulang akan bergeseran ketika sedang
bergerak menyebabkan sendi menjadi bengkak dan terasa ngilu.
Apakah Penyebab OA?
Antara penyebab OA adalah disebabkan oleh
proses penuaan, trauma, obesiti dan sebagainya. OA terjadi apabila tulang rawan
di dalam sendi terhakis atau rosak akibat penuaan. Apabila tulang rawan rosak,
tulang akan bergeseran ketika sedang bergerak, sendi akan mula membengkak dan
terasa sangat ngilu.
Kebarangkalian penyakit ini terjadi meningkat
seiring usia kerana selalunya penyakit ini dikaitkan dengan masalah penuaan
sendi.
(Gambar perbezaan sendi yang sihat dan Osteoarthritis) |
Bagaimanakah Fasa perubahan sendi Penghidap OA (Osteoarthritis)?
1) Penipisan lapisan rawan yang akan menyebabkan
ruang di antara sendi menjadi rapat
2) Penonjolan tulang (Osteophytes) pada
keliling sendi.
3) Penghasilan cecair pelincir di dalam sendi
semakin berkurangan.
4) Pergeseran di antara dua permukaan sendi akan menyebabkan rasa sakit apabila
pergerakan yang membebankan sendi dilakukan.
Apakah faktor yang menyebabkan seseorang berisiko
terkena OA (Osteoarthritis)?
Faktor risiko terbahagi kepada 2:
1) Faktor Risiko boleh diubah:
Berat Badan
Semakin berat badan, semakin besar tekanan pada
sendi, sendi akan menjadi lebih rapuh. Bukan itu sahaja, jaringan lemak pula
akan menghasilkan protein yang boleh menyebabkan sendi menjadi bengkak
Aktiviti Senaman
Melakukan olahraga berat
Cara penggunaan sendi yang sebetulnya
Aktiviti mencangkuk atau berdiri lama lebih
cenderung untuk menyebabkan osteoarthritis. Melakukan aktiviti yang tinggi bebanan terhadap
sendi
Pemakanan dan Tabiat merokok
Cara pemakanan yang kurang sihat sehingga badan kekurangan nutrisi di tambah pula dengan gaya hidup yang tidak sihat boleh menyumbang kepada risiko osteoarthritis.
Penyakit lain
Diabetes atau rematik meningkatkan risiko OA.
Trauma
Individu yang mempunyai sejarah kecederaan
sendi adalah 6 kali ganda berisiko untuk menghidapi OA.
2) Faktor risiko yang tidak boleh diubah:
Umur
Lebih kurang 9.3% di kalangan rakyat Malaysia
menghidapi osteoarthritis. 23% daripadanya berumur lebih daripada 55
tahun manakala 39% daripadanya berumur lebih daripada 65 tahun.
Jantina
Wanita lebih cenderung mengalami osteoarthritis
berbanding dengan lelaki.
Genetik
Sesetengahnya menghidap OA kerana keturunan
Malformasi Skeletal
Individu dengan kelainan kongenital (sendi atau
tulang) atau kelainan tulang rawan lebih berisiko OA. Jadi adalah lebih elok jika kita menumpukan
perhatian kepada faktor risiko yang boleh diubah. Yang mana kita mampu mengawal faktor risiko ini bagi mengurangkan risiko mendapat penyakit OA.
Apakah nasihat yang sering diberi oleh doktor ketika disahkan mengalami OA?
1) Kurangkan berat badan
2) Kurangkan aktiviti yang membebankan sendi yang sakit
3) Gunakan sendi dengan cara yang betul
4) Mengambil vitamin atau supplemen seperti glucosamine,chondroitin dan kalsium
5) Amalkan gaya hidup yang sihat seperti pemakanan yang sihat, bersenam dan jauhi rokok
Apakah simptom penghidap OA(Osteoarthritis)?
1) Kekerasan dan kesakitan sendi terutamanya di waktu pagi
2) Otot semakin mengecil kesan dari kurang melakukan aktiviti
3) Sendi berbunyi klik dan menyakitkan apabila permukaan sendi bergeseran
4) Bengkak kesan daripada keradangan dalaman sendi
5) Pergerakan terbatas seperti kesukaran berjalan mengakibatan hidup kurang berkualiti .
Apakah osteoarthritis dapat disembuhkan?
Menurut Dr Shafuzain Ab Rahman, Pensyarah kanan
dan pakar bedah Otopedik Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan
USM,Kubang Kerian, sehingga kini masih belum ada rawatan yang betul-betul dapat
menyembuhkan osteoarthritis sementara ubat-ubatan yang ada sekarang ini cuma
dapat melambatkan proses degenerasi (kemerosotan) sendi.
Ini supaya pembedahan
gantian sendi dapat dielakkan ataupun setidak-tidaknya menolong menangguhkan
daripada menjalani pembedahan, paling tidak pun sehingga apabila pesakit sudah tua serta
tidak mempunyai aktiviti harian yang aktif lagi.
Apakah Rawatan bagi penyakit osteoarthritis?
Rawatan Osteoarthritis boleh dibahagikan kepada
3 kategori
1) Rawatan farmakologi
~ Analgesia atau ubat tahan sakit sering digunakan dalam merawat OA. Analgesia bukan opioid seperti paracetamol dan acetaminophen merupakan jenis analgesia ringan untuk OA tahap awal.
~ Ubat antiradang bukan steroid (NSAID) merupakan jenis kumpulan analgesia lain untuk OA. Doktor cenderung untuk preskrip NSAID kerana selain mengurangkan sakit OA, juga berfungsi bagi melegakan keradangan.
~ Cyclooxygenase-2 inhibitor (COX-2 inhibitor) merupakan jenis ubat penahan sakit terkini
~ Opiod merupakan kumpulan analgesia yang sangat kuat. Jenis analgesia terakhir digunakan tehadap pesakit OA tahap teruk.
Penggunaan ubatan berterusan di atas adalah tidak elok untuk jangka masa panjang.
~ Glucosamine bertindak mengembalikan cecair sendi dan bantu melicinkan pergerakan sendi bagi mengurangkan sakit sendi akibat pergeseran.
~ Chondroitin berfungsi menahan kerosakan lanjut rawan jika diambil diperingkat awal OA.
~ Diacerin berfungsi mengurangkan radang di sekitar sendi dan membantu mengurang sakit akibat OA.
Ubat jenis sokongan di atas tidak memberikan kesan sampingan yang teruk dan boleh diterima kebanyakan pesakit.
~ Ubat jenis suntikan seperti asid hylarunik bagi menambahkan cecair pada sendi bermasalah.
2) Rawatan bukan Farmakologi/ Rawatan sokongan
~ Skop rawatan yang luas seperti rawatan
tradisional, alternatif dan berkaitan pemakanan.
~ Fisioterapi biasa digunakan di hospital untuk
rawatan OA. Pelbagai alatan bantu rawatan OA seperti diatermi gelombang
pendek(SWD), terapi ultrasound, transcutaneous electrical nerve stimulation
(TENS dan sebagainya.)
~ Senaman khas untuk pesakit OA atau senaman
ringan seperti berenang, menunggang basikal, Tai Chi. Hanya sesuai untuk OA
tahap awal atau sederhana.
~ Mengurangkan berat badan
~ Rawatan alternatif seperti Ayuverda,
akupuntur, shiatsu, jenis-jenis urutan
dan sebgainya dikatakan turut dapat mengurangkan gejala OA.
~ Penggunaan supplemen, herba , gamat ataupun produk
tradisional turut boleh dicuba.
~ Rawatan sokongan ini perlulah dapatkan nasihat
daripada doktor bagi mengelakkan
sebarang kemungkinan tak diingini.
3) Pembedahan
~ Artroskopi, artrodisis, osteotomi (pembetulan
tulang) dan pembedahan gantian tulang (artroplasti) merupakan contoh pembedahan
yang boleh dilakukan untuk pesakit OA.
~ Mempunyai risiko sama seperti pembedahan lain
seperti jangkitan kuman, darah beku di
kaki dan radang paru-paru. Namun kebarangkalian risikonya adalah kecil.
Secara ringkasnya. Sekiranya sendi anda sakit doktor akan memberi
ubat seperti dibawah:
1) Ubat tahan sakit
2) Ubat kurangkan bengkak
3) Ubat sapu/ ubat gosak / suntikan
Sekiranya masih sakit dan tidak boleh lagi
dikawal dengan ubat-ubatan. Doktor akan mengesyorkan pembedahan menganti sendi
atau dikenali sebagai Total knee Replacement Surgery. Pembedahan ini akan
membuang sendi rosak dan mengantikan dengan sendi buatan. Antara risiko pembedahan ini adalah komplikasi ubat
pelali yang mana boleh menyebabkan risiko kematian.
Risiko lain yang sering terjadi adalah
jangkitan kuman pada sendi buatan tadi. Ianya boleh mengakibatkan pesakit demam,
sering bernanah pada luka pembedahan sehingga sendi buatan tadi perlu
dikeluarkan kembali bagi mengelakkan ia menjadi tempat pembiakan kuman. Namun kebarangkalian risiko ini adalah kecil.
Tahukah anda bagaimana sendi anda boleh haus?
Sebagaimana yang diketahui, sendi terdiri
daripada sel-sel dan mempunyai kitaran hidup yang tersendiri. Bermula daripada ia terbentuk
hinggalah sel mati kemudian diganti dengan sel baru.
Setiap
jenis sel berlainan jangka waktu kitarannya, sebagai contoh sel darah
yang jangka hayatnya hanya 120 hari, kemudian akan diganti dengan sel darah
baru.
Jadi apa kaitannya dengan OA?
Sekiranya sel mati lebih banyak daripada sel
yang baru (sel yang menggantikan), maka terjadilah kehausan sendi. Jika sel yang mati sama banyak dengan sel yang baru, maka keadaan sendi
kekal seperti biasa. Jika sel yang baru lebih banyak daripada sel
yang mati, maka terjadilah penebalan sendi,namun ianya jarang berlaku.
Jadi sendi akan haus sekiranya salah satu
keadaan berikut terjadi.:
1) Kadar sel lama yang mati lebih cepat,
walaupun kadar penggantian sel adalah
tetap
2) Kadar pembentukan sel baru dihasilkan menurun, walaupun kadar
kematian sel adalah tetap.
3) Kadar sel yang mati lebih cepat ditambah
pula dengan kadar penggantian sel yang lambat. (paling kronik)
Apakah sel-sel yang membentuk sendi kita?
Sendi adalah terdiri daripada hyaline
cartilage. Ia tidak mempunyai saliran darah/limfatik/saraf seperti bahagian
lain dalam tubuh. Majoritinya terbentuk daripada dense extracellular matrix
(ECM). ECM ini terdiri daripada air,kologen, proteoglycan dan glycoprotein.
Rahsia yang ramai tidak tahu mengenai OA.
Berikut merupakan screen shot hasil kajian oleh
saintis barat mengenai efek pengambilan kologen marin pada osteoarthritis (OA)
(Screenshot Journal)
Penyelidik mendapati, kologen dari sumber
marin mempunyai kesan teraputik (menyembuhkan) terhadap penyakit OA, juga turut
melindungi tulang (osteoprotective).
(screenshot journal)
Saintis merumuskan, kologen marin berupaya
menurunkan keparahan penyakit radang seperti osteoarthritis (sakit sendi). Ini
bermakna sekiranya pesakit sendi mengambil kologen marin, sakit akan beransur baik.
Mereka telah membuat kajian untuk melihat
hubungan antara tingginya penguraian
kologen type 2 dengan penyakit OA.
Berdasar kajian tersebut, pesakit
osteoarthritis menunjukkan kadar pembuangan kologen type 2 yang tinggi di dalam
air kencing. Jadi adakah mungkin kerana kologen banyak terbuang sehingga
kekurangan kologen di dalam badan menyebabkan sendi mereka sakit?
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, terdapat
bukti yang kukuh bahawa kekurangan kologen type 2 boleh menyebabkan sakit
sendi.
Usah risau, setiap penyakit pasti ada ubatnya. Penyelesaian kepada masalah ini dan sebagai
alternatif bagi yang menghadapi masalah OA.
Adalah disyorkan untuk mengambil product vivix dan Shaklee collagen powder. Setiap produk ini ada fungsi dan kelebihannya dalam merawat
sakit OA.
1) Mempunyai kajian saintifik yang terbukti
menyokong kenyataan diatas iaitu Scientific Evidence and Rationale for the
Development of Curcumin and Resveratrol as neutraceutrical for Joint Health
(Int J Mol Sci. 2012;13(4):4202-4232).Yang mana dapat dirumuskan bahawa
resveratrol telah terbukti boleh membantu dalam mengatasi masalah OA.
2) Resveratrol mampu mengekalkan fungsi dan
struktur sendi
3) Resveratrol dapat memperbaiki fungsi dan
struktur sendi
4) Mengurangkan faktor yang menjadi punca kepada
penyakit berkaitan sendi
5) Mampu melakukan penyelenggaraan yang baik
pada sendi normal, serta memberikan perubahan yang lebih baik terhadap kesan
fisiologi kepada sendi termasuklah dari segi kelebaran ruang sendi,pergerakan,
kekakuan serta ketidakselesaan sendi.
Secara ringkasnya resveratrol yang terkandung
dalam vivix ini amat berkesan membantu mengatasi masalah keradangan,
memperbaiki sel DNA dan menghalang sel daripada rosak. Vivix mampu merawat masalah
sehingga ke peringkat sel. Seperti mana yang dikongsikan di atas bahawa
masalah kadar penggantian sel yang tidak seimbang menjadi punca sendi anda
haus. Jadi dengan pengambilan vivix mampu mengatasi masalah tersebut.
Shaklee Collogen powder terbaik untuk sendi dan
tulang serta mampu menyokong kesihatan dan keanjalan sendi.
Kenapa saya cakap begitu? Sebab bukan semua
supplemen collagen mampu menyembuhkan sendi anda ye. Memang sudah ramai yang
sedar akan kepentingan collagen ni tapi tahukah anda bukan semua collagen di
pasaran mengandungi type II collagen
yang mana penting untuk sendi.
Kebanyakan sendi kita diperbuat daripada type
II collagen , namun ada juga sendi yang terdiri daripada collagen type 9,10 dan
11. Oleh itu, pastikan collagen yang anda ambil mengandungi bahan yang
menyokong kesihatan sendi dan tulang.
Shaklee Collagen Powder mengandungi collagen
lengkap untuk kesihatan kulit, sendi dan tulang anda.
Kita akan nampak lebih jelas kelebihan Shaklee
Collagen Powder dengan melihat perbandingan jenis collagen dalam jadual dibawah:
Sumber utama produk collagen di pasaran boleh di dapati
dari 4 sumber iaitu Bovine(Lembu), Khinzir(babi), Collagen ayam dan collagen
ikan(laut). Boleh rujuk kepada jadual di bawah:
PERBEZAAN JENIS-JENIS COLLAGEN
Collagen Lembu,Babi,Ayam
|
Collagen Marine
|
Lebih murah
|
Agak Mahal
|
Diekstrak daripada kulit, tendon tulang
rawan
|
Diekstrak daripada sisik ikan
|
Banyak type II collagen , sangat
sedikit type 1 collagen
|
Mengandungi type I,II dan III Collagen
|
Saiz molekul yang sangat besar, sukar
diserap
|
Saiz molekul kecil, mudah diserap,
bioavailability
|
Terdedah kepada penyakit selsema
burung, lembu gila
|
Bebas daripada penyakit selsema burung,
lembu gila
|
Collagen daripada sumber marine (ikan)
mempunyai “bioavailability ” iaitu kadar di mana ia diserap ke dalam aliran
darah melalui dinding usus kita. Ini bermaksud marine(ikan) collagen memasui
aliran darah dengan lebih pantas berbanding collagen jenis lain. Oleh itu, ia
merupakan sumber collagen terbaik untuk kulit, tulang dan sendi.
Kenapa sumber utama dalam Shaklee Collagen Powder adalah sisik
ikan merah.?
Diantara sebab Shaklee memilih sisik ikan merah adalah kerana:
1) Kadar Penyerapan Collagen yang hebat
Shaklee Collagen Powder Drink menyediakan
molekul yang kecil dan mempunyai kadar penyerapan yang lebih tinggi (1000 dalton
yang paling optimum untuk penyerapan dalam badan)
2) Sisik ikan merah merupakan sumber premium
~ Ikan merah adalah ikan laut dalam yang mampu
berenang sehingga 5000m ke dalam air
~ Sisik yang premium
~ Tahan tekanan
~ Sangat bersih,terhindar daripada pencemaran
~ Tinggi collagen
~ Setiap sachet mengandungi 4000mg collagen bagi setiap hidangan yang
diambil
~ Bukan sekadar collagen
3) Shaklee Collagen Powder ditambah dengan 7 bahan
aktif lain.
Camelia Japonica Seed Extract: biji pokok
camelia japonica ini terdiri daripada asid oleik iaitu emolien dan pelembap
kulit yang hebat dan isoflavon iaitu
antioksidan semulajadi yang mampu mengurangan radikal bebas.
Ptaffia extract: Ptaffia yang juga dikenali
sebagai ‘ginseng brazil’ telah terbukti dapat membantu pembentukan collagen dan asid
hyaluronik apabila digabungkan dengan ekstrak biji camelia japonica. Kemampuan
luar biasa ektrak Ptaffia yang boleh mengikat jumlah air yang banyak
membolehkan asid hyaluronik memainkan peranan penting dalam menghidrat tisu
tubuh untuk menjadikan kulit lembap, lembut serta licin.
Fish Collagen: Elastin memelihara kulit
menjadi fleksibel namun tegang, anjal dan gebu.
Ekstrak kekerang: Glucosamine dalam ektrak
kekerang adalah sangat penting dalam sintesis cecair sinovial yang membekalkan
pelincir untuk sendi-sendi dan menghidrat mata bagi melegakan ketidakselesaan.
Lactobacilus Acidophilus: Merupakan bakteria baik yang membantu dalam
mengimbangi mikroflora usus serta membantu membina semula sistem usus yang
sihat seterusnya mampu meningkatkan collagen dalam badan.
Vitamin C, Vitamin B: Vitamin B berperanan
dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang
diperlukan bagi penghasilan collagen di dalam sel. Vitamin C pula menggalakkan
penghasilan collagen serta menentang radikal bebas yang dapat merosakkan kulit .
4) Terbukti Berkesan
Hampir 71% memberitahu bahawa kulit mereka
lebih baik selepas pengambilan Shaklee Collagen Powder. Terdapat juga ujian klinikal pihak ketiga yang menyokong
fakta ini.
Collagen Powder terbukti berkesan dalam tempoh 8
minggu pengambilan.
Testimoni Shaklee Collagen Powder untuk sendi
dan tulang
Jangan biarkan sakit sendi dan lutut ini
menganggu pergerakan orang tersayang... kecil pelaburannya tapi besar
manfaatnya. Jadikan hadiah setiap bulan untuk ibubapa kita.
Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee
telah membuktikan bahawa produk Shaklee boleh memberikan hidup yang lebih sihat,
bertenaga, muda pada tahap selular. Semua produk Shaklee adalah selamat,semulajadi serta terbukti berkesan, juga mempunyai ujian klinikal. Pilihan di tangan anda, saya telah pun
memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin
mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya
akan membantu anda turut sama berjaya.
Nak saya bantu anda ?
SEBARANG KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA
Your Shaklee Independent Distributor
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak > Selayang > Rawang > Kepong > Ampang > KL
.................................
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia
ATAU
Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.
.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-vitamin.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.