11 Tips Nak Sentiasa Tampil Cantik

Farahana





Tips Tampil Cantik Berseri

Pastinya kaum wanita ingin sentiasa kelihatan cantik dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Lebih-lebih lagi semasa event atau apa-apa function. Ada yang sibuk nak cantikkan diri sampai sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata nak nampak cantik.

Kat sini saya nak share sikit beberapa tips agar anda sentiasa nampak cantik dan anggun.

1) Manjakan Diri Dengan Spa Buatan Sendiri di Rumah


Luangkan masa untuk memanjakan diri ala spa di rumah seperti membuat rawatan kulit (masker/scrub), mencuci rambut atau menikmati mandian buih di rumah. Anda boleh membuatnya sendiri.

Mandian Spa - Cari pelbagai jenis bunga yang wangi. Bunga dikatakan mempunyai tenaga tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan anda.

Urutan Spa -  Urutlah seluruh tubuh anda. Urutan mampu membuatkan tubuh anda lebih relaks, santai dan mengurangkan stress. Stress yang berlebihan boleh mempercepatkan proses penuaan. Sambil melakukan urutan anda boleh menikmati muzik yang lembut bagi meredakan ketegangan.

Anda boleh mulakan urutan dengan pelembap atau minyak dari dasar kepala. Gunakan jari bagi mendapatkan daerah kecil tulang belakang anda. Boleh juga urut tangan dan kaki menggunakan kaedah yang serupa.

Masker Spa - Masker boleh membantu membuang sel kulit mati dan mencegah muka daripada kelihatan kusam. Plain yoghurt sangat bagus dalam membersihkan dan menghilangkan liang pori-pori, menghindari jerawat serta melembabkan kulit. Madu sangat bermanfaat untuk kecantikan kulit kerana kandungan anti bakteria yang terdapat di dalamnya. Tambahkan perahan lemon dan sedikit madu ke dalam yogurt plain, kacau hingga sebati.

Selepas itu, bolehlah diratakan ke seluruh wajah anda yang telah dicuci dan biarkan selama 15 minit agar khasiatnya dapat diserap ke dalam wajah. Kemudian cucilah dengan air suam. Hasilnya anda akan memperolehi wajah yang segar sihat semulajadi.

Skrub Spa - Skrub pula boleh menghilangkan keletihan badan dan daki yang terkumpul.

Skrub Hampas Kelapa - Ada lebihan hampas kelapa semasa nak masak rendang atau masak lauk lain?

Hampas kelapa ni boleh dijadikan skrub badan tau. Ia dapat membantu menghaluskan dan mencerahkan kulit. Lagi best, ia akan membuatkan kulit badan lebih lembap dan dapat menghilangkan kesan gelap di kawasan intim. Kalau ada produk Shaklee di rumah, boleh juga buat masker instant

2) Guna Ais Untuk Segarkan Wajah


Sebelum mekap, tekapkan muka dengan ais. Sangat best. Muka akan terasa segar dan mekap akan lebih tahan lama tau.

3) Rawatan Untuk Kulit Lebih Cerah


Minyak zaitun boleh dimanfaatkan bagi memperolehi kulit yang cerah berseri. Caranya adalah dengan mencampurkan minyak zaitun dengan body lotion yang anda pakai. Kemudian sapukan pada kulit dan lakukan urutan lembut ketika memakainya.

4) Lembapkan Kulit Dengan Minyak Zaitun


Badan mengalami kekurangan air kalau anda banyak lakukan aktiviti. Ini mengakibatkan  kulit menjadi kering serta kusam. Minum banyak air kosong dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

Selain meminum air yang cukup, sapu minyak zaitun di muka untuk memperolehi kulit yang lembap dan halus

5) Ambil Sayuran Dan Buah-buahan


Masyarakat kita secara umumnya, kemungkinan besar untuk makan sayur dan buah agak sukar. Mana taknya, kebanyakan makanan yang dihidangkan di restoren atau kedai makan penuh dengan kolestrol. Makanya, dengan memakan buah dan sayur setiap hari dapat membantu badan untuk mendapatkan nutrien yang mencukupi.

6) Rambut Cantik Menawan


Minyak kelapa sangat bermanfaat bagi menjaga kesihatan rambut. Kandungan lemak sihat yang terdapat di dalamnya akan merawat setiap helai rambut anda sehingga menghasilkan rambut yang lembut dan halus.

7) Memutihkan Gigi


Penampilan anda akan lebih terserlah apabila memiliki gigi yang kelihatan putih dan bersih. Selain berjumpa dengan  doktor gigi, anda boleh melakukannya sendiri di rumah. Campurkan perahan lemon dengan baking soda. Anda bolehlah menggunakannya ketika menggosok gigi. Lakukannya secara berkala iaitu seminggu sekali bagi mendapatkan hasil yang diidamkan.

8) Kekal Cergas Dengan Jus Kurma




Kurma mampu membekal tenaga segera kepada badan kita. Anda juga boleh buat jus kurma bersama susu atau ESP untuk nampak cergas dan bertenaga.


9) Tidur Cukup Menjadikan Awet Muda



Waktu malam merupakan masa terbaik untuk tidur. Ketika inilah badan sedang bekerja untuk membaik pulih segala kerosakan sel badan di siang hari. Tidur yang tidak mencukupi akan membuatkan anda kelihatan lebih tua daripada usia.

10) Rehatkan Kulit Wajah Anda


Pada waktu tertentu, biarkan kulit anda berehat daripada memakai sebarang solekan. Kulit juga perlu bernafas! Elakkan sisa mekap dibiarkan melekat pada muka ketika tidur.

11) Ketawa, Optimis dan yakin diri


Ketawa penawar duka. Sentiasa senyum kerana senyuman terapi paling mudah menghalang proses penuaan.

Anggap diri sentiasa hebat dan cantik. Ramai pakar psikologi berpendapat apabila seseorang itu yakin dengan sendirinya penampilan akan menyerlah.

Rasanya itu sahaja tips dari saya. Kalau anda ada tips-tips lain boleh tambah di ruangan KOMEN ye..



Nak saya bantu anda ?


SEBARANG  KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA

Your Shaklee Independent Distributor
Fadzli / Farah Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-9210042 / 016-9960209
♥ Shaklee ID : 1665070
♥ FB PAGE : Ez-Vitamin
♥ Website : www.ez-vitamin.com
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak Selayang Rawang Kepong Ampang KL
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia

ATAU

Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika  mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.





.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-vitamin.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK  bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.

Set Kesuburan Lengkap Shaklee

Unknown
Bagaimana pengambilan supplement Shaklee boleh membantu mengatasi masalah kesuburan (infertility) ini?
Vitamin Asas


VITAMIN ASAS di atas adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

*Folic acid - dalam B-COMPLEX dan VITALEA ada folic acid yang mencukupi untuk tujuan meningkatkn kesuburan (400 mcg daily)
**Terdapat penemuan yang menyatakan isoflavon dalam Soya menyerupai Clomid (sejenis ubat kesuburan) yang meransang penghasilan lebih hormon estrogen bagi merangsang hormon penggalak ovulasi. Ini dapat meninggikan kebarangkalian persenyawaan.

Vitamin Kesuburan
VITA-E COMPLEX
Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai  khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi  lelaki & wanita.
ZINC COMPLEX
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan  melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki,  zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetikiaitu pada DNA (Deoxyribose Nucleid Acid).

ALFALFA COMPLEX
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihanmasalah haid yang tidak teratur atau senggugut atau sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).
GLA COMPLEX
Membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti.



OMEGA, ZINC COMPLEX & VITA-E COMPLEX
Meningkatkan kualiti sperma suami


VIVIX
Memperbaiki sehingga ke peringkat sel terutamanya sel reproduktif, sperma dan ovum. Memudakan sel 25 tahun.


Nak saya bantu anda ?


SEBARANG  KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA

Your Shaklee Independent Distributor
Fadzli / Farah Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-9210042 / 016-9960209
♥ Shaklee ID : 1665070
♥ FB PAGE : Ez-Vitamin
♥ Website : www.ez-vitamin.com
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak Selayang Rawang Kepong Ampang KL
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia

ATAU

Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika  mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.





.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-vitamin.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK  bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.

Jom Turunkan Berat Badan Secara Sihat !

Unknown





NAK TAHU 7 TIPS MUDAH NAK KURUS SECARA SIHAT ?


Bila di bulan ramadhan, kita diwajibkan berpuasa selama 30 hari dan rata-rata menggunakan  peluang ini untuk berdiet atau menjaga makan. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air. Lepas tu masa buka  puasa pun kita makan makanan sihat dan ala kadar sahaja.
Selepas 30 hari berpuasa, sudah tentu ada pengurangan berat badan yang dialami. Badan jadi ringan dan perut makin kempis. Tapi bila habis je Puasa, nafsu yang dikawal selama 30 hari bagai tidak boleh dibendung. Memang makanan raya begitu menggoda. Lagilah kalau ada 3-4 biji rumah open house yang gah. Rambang pula mata nak pilih yang mana. Habis tu takkan nak gadai semua sebab makanan hari raya kan?

Jadi apa nak buat?
Jangan risau ikuti Tips ‘Jom Kurus Lepas Raya’ supaya anda dapat maintain berat badan walaupun banyak rumah terbuka untuk dikunjungi.

TIPS KURUS SELEPAS RAYA:

Tips 1: MAKAN DENGAN KUANTITI YANG SEDIKIT
Siapa kata anda tidak boleh makan, boleh tapi mestilah berpada. Kalau ambil makanan tu jangan sekali banyak sebab kita akan lebih cenderung untuk habiskan apa yang ada dalam pinggan kita.Jika anda tidak mampu untuk habiskan, sudah menjadi satu pembaziran. Jadi, ambil dalam kuantiti sedikit, untuk mengelakkan anda ambil lebih dari perlu.

Tips 2: PILIH PINGGAN YANG KECIL
Ya, jangan ambil pinggan yang besar. Sebab akan ada banyak ruang kosong yang akan buat kita nak letak makanan yang tak diperlukan, tapi mulut kita nak.

Tips 3:  CARI MAKANAN YANG SIHAT
Ada pelbagai juadah di hari raya. Boleh pilih makanan yang paling kurang kalori. Ataupun kalau nak juga makan rendang, ikut balik tips 1. Iaitu makan dalam kuantiti sedikit.

Tips 4:  MINUM AIR KOSONG
Kebanyakan rumah yang kita pergi beraya pasti hidangkan air yang manis dan bermacam-macam warna. Jadi bawalah air kosong ke mana-mana. Kalau taknak bawa, boleh minta pada tuan rumah J

Tips 5: LEBIHKAN BERBUAL DARI MAKAN
Ha nampak seperti biasa kan. Tapi lebihkan berbual dari makan dengan rakan atau saudara mara pada hari raya dapat mengurangkan anda makan dan makan lagi. Sekaligus anda dapat mengamalkan sunnah nabi dengan berhenti dulu sebelum kenyang.

Tips 6:  PUASA SUNAT ENAM
Selain dari dapat faedah dapat mengekalkan berat badan. Puasa sunat enam ni jika dibuat secara ikhlas banyak ganjarannya. Lepas puas beraya, cubalah untuk kembali berpuasa.

Tak semestinya kena buat straight, boleh selang-selang ikut kemampuan. Tapi syaratnya mesti dilakukan di bulan Syawal. Bulan lain kalau nak puasa, boleh buat puasa sunat Isnin Khamis. Bagi yang perempuan, eloklah ganti puasa cepat-cepat.

Tips 7: AMALKAN SENAMAN
Anda boleh melakukan apa sahaja jenis senaman supaya makanan yang kita ambil semasa hari raya dapat ditukarkan menjadi tenaga. Jangan biarkan makanan tadi jadi lemak dalam badan. Kalau tidak sempat, paling kurang anda boleh jadikan aktiviti dalam rumah sebagai satu senaman, contohnya, cuci pinggan mangkuk, sapu sampah dan etc.


Selain itu, saya nak suggest beberapa Supplemen yang mungkin boleh anda consider untuk membantu anda menurunkan berat badan selepas raya.



Di dalam set kurus Shaklee ini secara asasnya bertindak dalam 3 cara untuk menurunkan berat badan. Iaitu:

1) DETOX – Alfalfa atau Herb Lax
Merangsang proses pencernaan agar menyingkirkan toksin yang terkumpul dalam badan. Melegakan sembelit kerana herb lax juga merupakan pelembut najis. Tidak sesuai untuk ibu yang menyusukan anak untuk mengelakkan bayi dari cirit birit.

2) MEMBAKAR – Lecithin atau Omega Guard
Menyingkirkan lemak dari makanan yang kita ambil dengan memecah dan menyingkirkan lemak tersebut. Membersihkan salur darah dari lemak dan kolestrol yang melekat di saluran darah.

3) MEMBINA – Cinch Shake Mix atau ESP Protein 
Mengelakkan kulit dari menggeleber dan membekalkan protein dalam badan. Membina otot supaya bentuk badan anda menjadi cantik dan menawan

Set kurus Shaklee ini secara asasnya bertindak dalam 3 cara untuk menurunkan berat badan



KEBAIKAN DAN KELEBIHAN SET KURUS SHAKLEE:

  • Membantu dalam mengatasi masalah berat badan berlebihan
  • Membekalkan protein agar kekal aktif untuk melakukan aktiviti seharian untuk mereka yang berdiet
  • Membina otot badan agar kulit tidak menggeleber selepas badan menjadi langsing
  • Memecah dan membakar lemak
  • Menyingkirkan toksin yang menghalang badan dari menyerap nutrien dari makanan yang diambil
  • Anda akan berasa kenyang yang menyebabkan anda tidak makan secara banyak
  • Mengurangkan paras kolesterol dalam badan yang menjadi punca kepada serangan jantung
  • Membuang kolesterol di dalam badan yang berlebihan

TESTIMONI PENGGUNA:



Kalau saya, saya suka bawa Lecithin sekali ke mana-mana. Sebelum makan macam-macam boleh terus telan, bagi bakar lelemak yang dah masuk. 

Nak kurus tu mudah, tapi nak kekalkan kurus tu yang sukar sikit kan? Tapi takpe selagi kita usaha, insyaAllah boleh. Time hari raya bukannya soal makanan sedap je tau tapi yang pentingnya menziarahi sanak saudara serta bermaaf-maafan.




SEBARANG KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PRODUK INI ?

Nak saya bantu anda ?


Your Shaklee Independent Distributor
Fadzli / Farah Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-9210042 / 016-9960209
♥ Shaklee ID : 1665070
♥ FB PAGE : Ez-Vitamin
♥ Website : www.ez-vitamin.com
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak Selayang Rawang Kepong Ampang KL
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia

ATAU

Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika  mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.





.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-vitamin.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK  bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.

Coprights @ 2017 ez-vitamin.com Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib