Showing posts with label Kesuburan. Show all posts
Showing posts with label Kesuburan. Show all posts

Penyebab Masalah Kesuburan - Wanita (Part 2)

Unknown





FAHAMI PUNCA MASALAH KESUBURAN

Kebiasaannya seseorang wanita akan hamil  dan melahirkan seorang bayi selepas berumah tangga. Namun ada kalanya, realiti tidaklah semudah yang di sangka. Ada wanita yang terpaksa melalui cabaran untuk mendapatkan cahaya mata pertama, malah ada juga yang telah mencuba selama bertahun-tahun lamanya,namun masih lagi belum berhasil.
Walaupun masalah kesuburan yang dihadapi oleh pasangan ini disedari, namun tidak ramai yang benar-benar memahami penyebab berlakunya keadaan ini.

1. MASALAH HORMON TIDAK STABIL-GANGGUAN TELUR

Hormon yang tidak seimbang akan menganggu proses ovulasi  sehingga menyebabkan telur tidak matang ataupun boleh menyebabkan tiada ovulasi berlaku.

2. MASALAH PADA TIUB FALLOPIO 

Jangkitan kuman mungkin  berlaku di sebahagian ataupun keseluruhan tiub fallopio dan menyebabkannya tersumbat. Maka ovum tidak dapat melaluinya untuk sampai ke rahim.

3. MASALAH FIBROID

Fibroid Rahim adalah ketumbuhan yang sering berlaku kepada wanita.  Ianya merupakan ketumbuhan tisu otot di dalam rahim yang boleh menyumbat tiub fallopio atau menghalang telur  yang telah tersenyawa dari tertanam di dinding rahim. Pemeriksaan ultrasound dapat membantu mengenalpasti punca masalah.



4. ENDOMETRIOSIS

Perkara ini terjadi apabila tisu yang menjadi lapisa Rahim tumbuh di luar Rahim. Ia boleh menghalang tiub fallopi dan mencegah persenyawaan. Tanda endometriosis adalah mengalami haid yang banyak atau menyakitkan.

5. MASALAH ANTIBODI

Sel sperma tidak dapat memasuki bahagian Rahim dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan kerana sel sperma diserang oleh antibodi.



6. MASALAH KEKERINGAN VAGINA / MUKUS SERVIKS SEDIKIT

Dalam satu kajian di 11 buah Negara, 18% wanita berusia 18 hingga 34 tahun melaporkan biasa mengalami kekeringan vagina. Ianya bertambah buruk apabila pasangan melakukan  hubungan intim semata-mata untuk hamil. Penggunaan sesetengah bahan pelincir di pasaran boleh menjadi toksik kepada sperma , maka pemilihan bahan pelincir yang mesra sperma sangat penting agar meningkatkan peluang untuk hamil.


Posisi rahim terbalik

7. MASALAH RAHIM TERBALIK

Rahim terbalik boleh berpunca dari pergerakan yang lasak ataupun memang semulajadinya begitu sejak lahir.  Ianya menyebabkan  air mani keluar semula dari serviks, maka sperma dan ovum gagal bertemu  dan menghalang proses persenyawaan dari berlaku. Tanda-tanda Rahim terbalik adalah sakit bila bersama suami, period pain dan sakit pinggang yang kronik.


Sekiranya punca-punca masalah kesuburan telah pun dikenalpasti, segeralah atasi agar tidak berpanjangan dan berlarutan. Semoga bermanfaat. Sekiranya anda berminat untuk berikhtiar dengan produk shaklee. Anda boleh hubungi saya.


Nak saya bantu anda ?


SEBARANG  KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA

Your Shaklee Independent Distributor
Fadzli / Farah Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-9210042 / 016-9960209
♥ Shaklee ID : 1665070
♥ FB PAGE : Ez-Vitamin
♥ Website : www.ez-vitamin.com
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak Selayang Rawang Kepong Ampang KL
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia

ATAU

Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika  mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.





.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-vitamin.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK  bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.

Penyebab Masalah Kesuburan (Part 1)

Unknown


1. CARA HIDUP YANG TIDAK SIHAT

Pengambilan alkohol
Kesuburan kedua-dua lelaki dan wanita dapat terjejas kesan pengambilan alkohol yang berlebihan. Mengurangkan pengambilan alcohol boleh membantu untuk hamil.




Merokok
Lelaki yang merokok mungkin  mempunyai bilangan sperma yang lebih sedikit atau jumlah sperma abnormal yang tinggi berbanding dengan lelaki yang tidak merokok. Kesan rokok keatas wanita pula ialah mempengaruhi kesuburan dan menopaus pramasa. Merokok juga boleh menyebabkan risiko keguguran dan sakit bersalin awal . Merokok sangat berbahaya untuk kesihatan janin. Disarankan berhenti merokok sebelum hamil lagi samada lelaki mahupun wanita. 




Dadah
Kebanyakan dadah mendatangkan kesan buruk ke atas perkembangan bayi. Maka anda harus berhenti  dari mengambil sebarang dadah rekreasi/dilarang jika berusaha untuk hamil.




2. BERAT BADAN YANG TIDAK SIHAT SAMADA UNDERWEIGHT/OVERWEIGHT
Berat badan yang tidak sihat atau ideal boleh mempengaruhi kitaran haid anda seterusnya mengurangkan peluang untuk hamil. Bagi lelaki yang berlebihan berat badan mungkin mempunyai bilangan sperma yang sedikit dan kurang berkualiti. Kunjungi doctor atau jururawat untuk mengetahui berat badan ideal anda dan dapatkan nasihat pratikal dalam meningkatkan atau mengurangkan berat badan jika perlu.



3. PENGAMBILAN UBATAN YANG MENJEJASKAN KESUBURAN
Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang boleh memberikan kesan kepada kesuburan lelaki yang boleh menjejaskan pengeluaran sperma atau merosakkan fungsi sperma antaranya
-antibiotik
-ubat rawatan darah tinggi/kencing manis
-ubat rawatan ulser/steroid
Sekiranya anda atau pasangan, mengambil sebarang ubatan, periksa dengan doktor untuk memastikan ia tidak menjejaskan kesuburan. Mungkin ada pilihan lain.


4. FAKTOR USIA
Usia melebihi 38-40 tahun, bilangan telur semakin berkurangan dan kualiti telur juga akan merosot. Sekiranya anda berumur 35 tahun ke atas, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor selepas enam bulan mencuba tetapi belum berhasil untuk hamil.  Sekiranya anda berusia 40 tahun ke atas, mintalah nasihat doktor apabila ingin cuba hamil.  Manakala, tidak banyak diketahui tentang kesuburan lelaki yang berusia tetapi dipercayai kesuburan lelaki merosot pada usia 40 tahun.




4. TEKANAN EMOSI/STRESS/MASALAH PSIKOLOGI
Ramai tidak menyedari bahawa stress, tekanan emosi atau masalah psikologi di dalam kehidupan seharian  akan menjejaskan kesuburan seseorang. Pada golongan wanita,stress boleh mempengaruhi kitaran haid mereka. Di bahagian otak manusia, terdapat satu kelenjar besar yang dikenali  sebagai hyphotalamus. Fungsinya adalah mengawal emosi, selera makan dan penghasilan hormon LH dan FSH yang akan merangsang pengeluaran  ovum dari sarangnya. Disebabkan fungsinya saling berkait antara satu sama lain, maka gangguan emosi akan mempengaruhi pengeluaran hormon LH dan FSH seterusnya sama ada kitaran haid pada waktu tersebut mengalami ovulasi atau tidak.
Pada golongan lelaki, gangguan emosi akibat stress boleh menyebabkan mati pucuk sementara.
Selain itu, stress dapat mempengaruhi pasangan sama ada lelaki atau perempuan, sehingga menyebabkan pasangan kurang berminat terhadap hubungan intim atau mengurangkan kekerapan bersama sehingga menjejaskan peluang untuk hamil. Oleh itu, usahakan untuk bertenang. 


5. KETIDAKSUBURAN YANG TIDAK DAPAT DIJELASKAN
Ada ketikanya semua ujian klinikal menyatakan keputusan normal namun anda masih belum hamil setelah mencuba selama beberapa tahun. Perkara ini pastinya mengecewakan dan menyedihkan kerana tidak diketahui punca sebenar masalah untuk pembaikan dan rawatan. Dianggarkan lebih kurang satu pertiga pasangan yang mengalami ketidaksuburan yang tidak jelas,akhirnya hamil dalam masa 3 tahun tanpa sebarang bantuan perubatan.




Nak saya bantu anda ?


SEBARANG  KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA

Your Shaklee Independent Distributor
Fadzli / Farah Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-9210042 / 016-9960209
♥ Shaklee ID : 1665070
♥ FB PAGE : Ez-Vitamin
♥ Website : www.ez-vitamin.com
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak Selayang Rawang Kepong Ampang KL
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia

ATAU

Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika  mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.





.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-vitamin.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK  bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.

Tips Cepat Hamil

Unknown

CARA MUDAH HAMIL
Mahu tahu cara mudah hamil? Mari kita lihat apakah tips-tips agar mudah hamil. Bagi yang benar-benar ingin hamil, bolehlah ikhtiar menggunakan  tips-tips di bawah. Semoga berjaya.
Utamakan makan menu yang sihat
1) JAGA PEMAKANAN DAN DIET
Diet bukan bermakna anda kurang makan atau tidak makan langsung. Tidak pasal-pasal pula jatuh sakit. Diet yang sihat adalah yang meningkatkan kesihatan tubuh. Setkan Keutamaan, kena makan menu sihat. Elakkan makan makanan segera. Jaga BMI(Body Mass Index) agar dalam lingkungan ideal. Bagaimana dengan supplemen? Pernah dengar tentang asid folik? Mengikut saranan doktor, sesiapa yang nak mengandung perlu makan asid folik untuk kesuburan. Sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil. Di samping kena makan makanan berkhasiat, perlu amalkan gaya hidup sihat, kalau tak sihat macam mana nak hamil dengan mudah, betul tak?
Suplemen keperluan masa kini
2) MAKAN VITAMIN
Bagi meningkatkan peluang kehamilan, kesihatan badan kita perlulah dalam keadaan optimum. Jadi makanan tambahan atau suplemen sangatlah diperlukan bagi menampung kekurangan dari pengambilan pelbagai makanan berkhasiat secara rutin. Tubuh memerlukan nutrisi lengkap bagi menyokong kehamilan.
Antara vitamin yang dapat meningkatkan kesuburan dan memudahkan kehamilan adalah seperti Vitamin E, Zinc, Copper, Potassium, , Vitamin C, Vitamin D, Thiamin, Vitamin B6, Riboflavin dan Niacin.
Semua vitamin ini terdapat dalam vitalea Shaklee yang Lengkap dengan segala vitamin dan mineral.

Dapatkan berat badan ideal
3) MEMPUNYAI BERAT BADAN IDEAL
Sekiranya anda menghadapi masalah berat badan berlebihan, usahakan untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana, bermacam-macam penyakit bakal dihadapi terutamanya risiko mendapat darah tinggi dan kencing manis. Penting untuk kita menjaga kesihatan dari sebelum hamil lagi untuk mengelak dari terdedah kepada pelbagai komplikasi kehamilan terutamanya kesan dari tekanan darah tinggi dan kencing manis. Jadi amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan pemakanan seimbang serta sentiasa pantau Body Mass Index (BMI) untuk mengetahui tahap ‘obesiti‘. Jika berminat, anda boleh mencuba set kurus Shaklee dalam membantu mendapatkan berat badan yang sihat.

Jus buah-buahan juga salah satu ejen nyah-toksin
4) DETOKS 
Pastinya anda  jarang dengar tentang tips ini bukan?  Toksin dalam badan yang tinggi sangatlah tidak baik untuk badan kita. Ada banyak produk di luar sana yang dapat membantu kita menyah toksin dan bahan kimia dalam badan.  Shaklee juga mempunyai set untuk detoks.


Suasana bilik tidur romantik, dapat menaikkan mood.
5) KEKERAPAN HUBUNGAN INTIM 
Frekuensi atau berapa kerap anda melakukan hubungan seksual bergantung kepada setiap pasangan. Tidak ada angka khusus yang dapat memastikan berapa kali seseorang harus bersama untuk hamil. Ada yang hamil dengan sekali sahaja tetapi terdapat juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Perkara penting adalah seberapa kerap anda lakukan hubungan intim pada waktu yang terbaik untuk hamil.

Waktu subur bantu meningkatkan peluang untuk hamil.
6) KETAHUI WAKTU SUBUR ATAU OVULASI
Dalam usaha untuk meningkatkan peluang untuk hamil, penting untuk kita ketahui waktu terbaik bagi berlakunya ovulasi pada seseorang wanita. Waktu terbaik untuk bersama adalah pada waktu subur atau ketika proses ovulasi berlaku pada seseorang wanita.
Telur yang matang hanya dapat hidup selama 24 jam. Sedangkan sperma pula dapat hidup 48 hingga 72 jam di dalam tubuh wanita.
Oleh itu, hubungan intim sebelum waktu ovulasi adalah lebih baik untuk meningkatkan peratusan kehamilan berbanding satu atau dua hari selepas ovulasi. 
Pastikan anda ketahui diri sendiri. Pelajari kitaran haid atau ‘period’ untuk waktu yang tepat. Hanya anda yang arif tentang diri anda.
Cari ‘gynaecologist’ yang berpengalaman
7) JUMPA DOKTOR PAKAR
Sekiranya anda sudah 1 tahun berkahwin tetapi masih belum hamil sedangkan anda tidak mencegah kehamilan, anda perlu berwaspada.  Silalah berjumpa dengan doktor yang pakar. Doktor akan melakukan ujian kesuburan  untuk kedua suami isteri bagi mengetahui punca dan masalah kesuburan. Pastikan anda memilih doktor yang betul-betul berpengalaman.

Bukan sekadar pelukan sahaja.
8) PASTIKAN POSISI SEKS YANG BETUL
Posisi seks yang disarankan untuk meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan adalah lelaki berada di atas.

Tenang dalam penyelesaian masalah
9) ELAKKAN TEKANAN
Pastinya cara cepat hamil ini  sukar dilakukan oleh wanita bekerjaya. Walaupun tekanan itu sudah jadi kebiasaan, cuba rehatkan diri secukupnya. Ini kerana terlalu tertekan tidak akan membantu malah akan mempersulitkan keadaan.


Bagi yang mengalami keguguran, pastinya akan lebih tertekan. Usah terlalu memikirkannya. Ingatlah, semua itu kerja Allah. Allah pasti akan mengantikan dengan yang lebih baik. Fikir positif, tenangkan diri serta usaha lagi.

Katakan tidak pada rokok
10) JAUHI ALKOHOL, ROKOK DAN DADAH
Tembakau, alkohol mahupun dadah dapat mempengaruhi kesuburan lelaki dan wanita. Ianya juga memudaratkan bayi sebelum dan selepas dilahirkan. Nasihatkan serta bantu suami yang menjadi perokok tegar untuk berhenti merokok. Sekiranya isteri itu sendiri merokok cepat-cepat berhenti. Kajian saintifik mengatakan apabila seseorang itu merokok, ia akan menyumbang kepada ketidaksuburan dan masa yang lebih lama untuk mengandung. Sekiranya ingin berhenti merokok terdapat produk shaklee yang mampu membantu anda.

Elak pengambilan Kafein sementara waktu
11) KURANGKAN KAFEIN 
Beberapa kajian telah dilakukan dan mereka mendapati wanita yang meminum lebih dari 1 cawan kopi sehari akan mengalami kesan ketidaksuburan sebanyak 50%. Kafein yang ada dalam kopi dapat menganggu perpindahan telur dari ovari ke rahim. Kajian lain ada juga menyebutkan bahawa kafein dalam kopi boleh mengganggu pematangan sel telur.
Oleh itu, bagi wanita yang ingin hamil,harus meninggalkan pengambilan kafein. Semakin banyak wanita itu minum kopi dalam sehari, semakin rendah kebarangkalian untuk hamil. Jika peminat tegar, apa salahnya tinggalkan sementara?


Doa Agar di kurniakan zuriat

12) BERDOA PADA ALLAH
Cara cepat hamil yang terakhir adalah dengan memohon bantuan Allah. Sebagai orang Islam, kita perlu percaya bahawa rezeki anak itu dengan izin dan rahmat Allah. Sebelum berikhtiar untuk hamil, mohonlah pada Allah agar membimbing kita dalam setiap usaha dan langkah kita. Sementara itu, amalkan juga doa untuk cepat mengandung seperti di atas. Setelah berusaha pun kita & perlu berdoa dan bertawakkal kepada Allah agar Allah kurniakan yang terbaik untuk kita. Sentiasalah bersangka baik kepada Allah kerana Allah akan memberi menurut persangkaan kita.Sebaik-baiknya juga, lakukanlah solat sunat terutama solat sunat taubat sebanyak mungkin.

Semoga perkongsian ini, bermanfaat untuk bakal-bakal ibu & ayah.


Nak saya bantu anda ?


SEBARANG  KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA

Your Shaklee Independent Distributor
Fadzli / Farah Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-9210042 / 016-9960209
♥ Shaklee ID : 1665070
♥ FB PAGE : Ez-Vitamin
♥ Website : www.ez-vitamin.com
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak Selayang Rawang Kepong Ampang KL
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia

ATAU

Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika  mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.





.............................................................................
DISCLAIMER:

Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-vitamin.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK  bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan. 

Coprights @ 2017 ez-vitamin.com Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib