Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts

8 Tips Merawat Buasir Ketika Hamil

Farahana





Ibu yang mengandung adalah wanita yang seharusnya sihat. Kehamilan adalah proses fisiologi yang normal. Namun ibu yang hamil lebih mudah menderita pelbagai penyakit kesan daripada kehamilan tersebut. Antara penyakit yang sering dialami ibu mengandung adalah buasir.

mengandung
sumber: Shutterstock

Apakah itu Buasir?
Buasir atau dipanggil haemorrhoids dalam bahasa inggeris adalah berpunca daripada salur darah vena yang membesar dibahagian bawah rektum dan dubur. Ianya akan memberikan masalah apabila bahagian tersebut menjadi radang atau bengkak.
Buasir merupakan penyakit yang biasa berlaku dan boleh terjadi kepada sesiapa tanpa mengira umur. 

Mengapakah wanita hamil sering mengalami buasir?
Wanita hamil berkemungkinan mengalami buasir disebabkan oleh tekanan yang dialami daripada berat bayi yang sedang membesar dan juga kesan daripada perubahan hormon. Masalah sembelit yang sering dihadapi ibu hamil juga boleh mengakibatkan terjadinya buasir.
Buasir merupakan perkara biasa ketika hamil. Dianggarkan 1 daripada 10 wanita hamil terkena buasir terutama semasa trimester terakhir kehamilan.

Dianggarkan 1 daripada 10 wanita hamil terkena buasir 






Apakah Kategori Buasir?
Kategori buasir boleh dibahagikan kepada dua bahagian mengikut lokasinya iaitu buasir luaran  dan buasir dalaman.

Buasir Luaran
Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan bawah kulit luar dubur. Pesakit  akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Tahap kesakitan yang dirasai setiap indidvidu adalah berbeza. Sesetengah mungkin merasa panas atau pedih, tetapi ada juga yang merasa  sedikit kurang selesa. Sakit yang teramat mungkin terjadi akibat salur darah yang tersumbat disebabkan darah beku.

Buasir Dalaman
Merupakan salur darah vena yang bengkak dibahagian dalam rektum. Pesakit akan mengadu mempunyai pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan . Ada juga pesakit merasa seperti ada unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini ada yang perlu ditolak balik ke dalam  namun ada juga yang hilang dengan sendirinya.

Apakah tips yang boleh diamalkan bagi mengatasi buasir ketika hamil?
1- Makan makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran,buah-buahan, roti bijirin penuh, pasta bijirin penuh dan beras perang.

2- Minum banyak air kosong dalam 2-3 liter sehari agar anda kekal terhidrat serta memastikan najis berkeadaan lembut.

3- Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut selepas membuang air besar. Lap dengan tuala lembut atau tisu tandas lembut tanpa bau pewangi. Bersihkan dengan kerap agar kebersihan tetap terjaga.

4- Bersegeralah ke tandas ketika terasa ingin membuang air besar. Menunda masa akan menyebabkan sembelit terjadi.

5- Cuba menaikkan kaki ke atas bangku ketika membuang air besar. Ini dapat membantu memudahkan proses pembuangan air besar.

6- Mandi air suam bagi mengurangkan kesakitan dan kegatalan. Elakkan menggaru di tempat yang gatal kerana boleh memburukkan keadaan.

7- Tuam dengan benda sejuk seperti pek ais bagi memberikan kelegaan di sekitar dubur. Ianya juga mampu mengurangkan bengkak.



Namun, sekiranya telah mencuba tips di atas tetapi masalah tersebut masih tidak selesai, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Selain daripada tips di atas, pengambilan supplemen juga dapat membantu mengatasi masalah sembelit ketika hamil. Saya syorkan anda mencuba set buasir ibu hamil shaklee yang  terdiri daripada:-


Ostematrix: Mengandungi kalsium magnesium yang membantu  melawaskan pembuangan

Omega Guard: Mengandungi minyak ikan omega-3  yang mampu mengurangkan bengkak atau keradangan akibat buasir.

Vitamin C: Berfungsi dalam membantu mempercepatkan penyembuh luka akibat buasir.



Testimoni



Semoga tips di atas bermanfaat dan sedikit sebanyak membantu masalah anda.

Sekiranya anda berminat untuk mencuba supplemen sebagai ikhtiar, hubungi saya segera untuk mendapatkan set buasir ibu hamil.
Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus whatsapp saya.Insyaallah saya sedia membantu.

Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee (khas untuk pembelian dengan saya) / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya

Nak saya bantu anda ?


SEBARANG  KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA

Your Shaklee Independent Distributor
Fadzli / Farah Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-9210042 / 016-9960209
♥ Shaklee ID : 1665070
♥ FB PAGE : Ez-Vitamin
♥ Website : www.ez-vitamin.com
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak Selayang Rawang Kepong Ampang KL
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia

ATAU

Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika  mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.





.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-vitamin.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK  bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.

10 Tips Mudah Untuk Kurangkan Rasa Sakit Semasa Bersalin

Unknown








Pastinya anda sekarang ini sedang menghitung hari menunggu kelahiran cahaya mata yang bakal menyinari kehidupan anda. Namun saat-saat mendebarkan anda juga semakin hampir.

Sumber: Shutterstock

Penting bagi anda mengetahui sedikit sebanyak ilmu sebagai persediaan menghadapi saat bersalin agar dapat melalui proses bersalin dengan tenang dan lancar. Jangan kita main redah je sebab sesuatu yang kita buat dengan adanya ilmu dan perancangan, insyaAllah hasilnya juga lebih baik.

Jadi pada kali ini, saya nak share beberapa tips untuk kurangkan sakit bersalin. Sakit bersalin tu memang kita akan rasa ye, cuma bezanya teruk atau tidak je. Ada sesetengah orang mengalami kesakitan bersalin yang teramat sangat, hanya Allah je yang tahu macam mana rasanya. sampaikan rasa trauma nak bersalin lagi.

Namun ada juga ibu yang diberi kemudahan oleh Allah melalui proses bersalin dengan tenang, kesakitan yang dirasai masih boleh ditanggung serta proses bersalin pun lancar dan mudah. Mudah-mudahan  anda juga diberikan kemudahan melalui proses bersalin dengan tenang serta lancar.

Biasanya kita tak terasa pun sakit bila kena gunting (episiotomy) sebab sakit contraction nak bersalin lagi terasa sakit.

Tips tentang kurangkan sakit bersalin ni memang biasanya dicari oleh hampir semua wanita yg bakal atau pernah bersalin.

Berikut adalah beberapa cara kurangkan sakit contraction yang boleh ibu amalkan sebagai persediaan untuk meghadapi kelahiran.

sumber: shutterstock


Tips Kurangkan Sakit Contraction.

Mencari sebanyak mungkin informasi tentang kelahiran. Lagi banyak yang kita tahu, kita akan lebih relaks
Belajar tentang pernafasan berirama
Memeluk pasangan untuk mendapatkan semangat daripadanya dan ia dapat membantu mengurangkan kesakitan
Menghirup sedikit minuman isotonik atau air, antara sela masa contraction
Makan makanan yang kaya dengan karbohidrat, sedikit dan kerap apabila lapar
Kipas diri kita dengan kipas kecil elektrik.
Mengerang dan merintih, adalah strategi terbaik untuk menghadapinya tetapi tidak keterlauan.
Pegang tangan pasangan kita.
Gambarkan dalam fikiran, bayi bergerak ke bawah melalui pelvis dalam setiap contraction.
Bergurau dengan pasangan dan jururawat, bidan atau doktor. Jangan terlalu serius.
Dapatkan ciuman (dari pasangan atau orang yang tersayang)
Mendengar muzik atau ayat-ayat Quran bagi yang muslim.
Berjalan-jalan di sekitar bilik untuk mengurangkan rasa lenguh dan sakit.
Berehat dengan selesa di atas longgokan bantal.
Buka pelvis selebar yang mungkin, contohnya melutut pada sebelah kaki, dan sebelah kaki lagi keluar ke tepi.
Berfikiran positif adalah satu kemestian.
 Mengeluh lembut dengan setiap nafas.
Mempercayai badan kita sendiri.
Kerap berulang ke tandas. Pundi kencing yang penuh akan melambatkan kelahiran.
Lelap sebentar antara kontraksi. 

sumber: shutterstock

Itulah beberapa tips kurangkan sakit bersalin yang dapat saya kongsikan dengan anda. Ini juga merupakan salah satu perkongsian dan tips pengalaman saya semasa bersalin. 

Selain tips di atas supplemen ostematrix shaklee juga boleh membantu dalam proses melahirkan anak.


Bagaimana Ostematrix Membantu Proses Kelahiran Bayi Dan Membantu Kurangkan Rasa Sakit?

Kalsium dan magnesium membantu dalam proses melahirkan anak. Jika magnesium dan kalsium tidak cukup, kekejangan boleh berlaku.

Pada masa yang sama, gabungan kalsium dan magnesium ini membantu dalam mengecutkan rahim dan menolak bayi untuk keluar dengan lebih cepat tanpa membuatkan si ibu rasa kesakitan yang amat sangat. Ini kerana seluruh saraf badan mengalami ketenangan dan tidak stress.


Magnesium bertindak sebagai natural induce. Kalsium pula diperlukan dalam setiap otot tubuh untuk pergerakan. Apabila wanita hamil itu sedang stress apabila mengalami fasa kesakitan, digalakkan untuk mengambil Ostematrix mereliefkan muscle contraction dan membuatkan rasa mengantuk. 

Seandainya paras kalsium dan magnesium rendah di semasa hampir bersalin dan melahirkan anak, proses kelahiran akan menjadi lebih panjang. 

Ibu mudah mengalami tekanan dan boleh menimbulkan rasa sakit yang keterlaluan. Ia akan kepenatan, dan jika tidak mampu meneruskan, kemungkinan besar kelahiran secara czer akan dilakukan secara emergency.

Jadi, Ostematrix ni adalah supplement yang sangat digalakkan untuk diamalkan semasa hamil dan semasa dekat-dekat nak tiba proses kelahiran.


Selain Ostematrix, ESP juga boleh membantu memberikan tenaga kepada ibu ketika saat nak bersalin nanti.                      

Oklah, itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba tips-tips di atas.


Nak saya bantu anda ?


SEBARANG  KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA

Your Shaklee Independent Distributor
Fadzli / Farah Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-9210042 / 016-9960209
♥ Shaklee ID : 1665070
♥ FB PAGE : Ez-Vitamin
♥ Website : www.ez-vitamin.com
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak Selayang Rawang Kepong Ampang KL
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia

ATAU

Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika  mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.





.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-vitamin.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK  bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.

Coprights @ 2017 ez-vitamin.com Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib