Showing posts with label Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Kecantikan. Show all posts

11 Tips Nak Sentiasa Tampil Cantik

Farahana





Tips Tampil Cantik Berseri

Pastinya kaum wanita ingin sentiasa kelihatan cantik dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Lebih-lebih lagi semasa event atau apa-apa function. Ada yang sibuk nak cantikkan diri sampai sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata nak nampak cantik.

Kat sini saya nak share sikit beberapa tips agar anda sentiasa nampak cantik dan anggun.

1) Manjakan Diri Dengan Spa Buatan Sendiri di Rumah


Luangkan masa untuk memanjakan diri ala spa di rumah seperti membuat rawatan kulit (masker/scrub), mencuci rambut atau menikmati mandian buih di rumah. Anda boleh membuatnya sendiri.

Mandian Spa - Cari pelbagai jenis bunga yang wangi. Bunga dikatakan mempunyai tenaga tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan anda.

Urutan Spa -  Urutlah seluruh tubuh anda. Urutan mampu membuatkan tubuh anda lebih relaks, santai dan mengurangkan stress. Stress yang berlebihan boleh mempercepatkan proses penuaan. Sambil melakukan urutan anda boleh menikmati muzik yang lembut bagi meredakan ketegangan.

Anda boleh mulakan urutan dengan pelembap atau minyak dari dasar kepala. Gunakan jari bagi mendapatkan daerah kecil tulang belakang anda. Boleh juga urut tangan dan kaki menggunakan kaedah yang serupa.

Masker Spa - Masker boleh membantu membuang sel kulit mati dan mencegah muka daripada kelihatan kusam. Plain yoghurt sangat bagus dalam membersihkan dan menghilangkan liang pori-pori, menghindari jerawat serta melembabkan kulit. Madu sangat bermanfaat untuk kecantikan kulit kerana kandungan anti bakteria yang terdapat di dalamnya. Tambahkan perahan lemon dan sedikit madu ke dalam yogurt plain, kacau hingga sebati.

Selepas itu, bolehlah diratakan ke seluruh wajah anda yang telah dicuci dan biarkan selama 15 minit agar khasiatnya dapat diserap ke dalam wajah. Kemudian cucilah dengan air suam. Hasilnya anda akan memperolehi wajah yang segar sihat semulajadi.

Skrub Spa - Skrub pula boleh menghilangkan keletihan badan dan daki yang terkumpul.

Skrub Hampas Kelapa - Ada lebihan hampas kelapa semasa nak masak rendang atau masak lauk lain?

Hampas kelapa ni boleh dijadikan skrub badan tau. Ia dapat membantu menghaluskan dan mencerahkan kulit. Lagi best, ia akan membuatkan kulit badan lebih lembap dan dapat menghilangkan kesan gelap di kawasan intim. Kalau ada produk Shaklee di rumah, boleh juga buat masker instant

2) Guna Ais Untuk Segarkan Wajah


Sebelum mekap, tekapkan muka dengan ais. Sangat best. Muka akan terasa segar dan mekap akan lebih tahan lama tau.

3) Rawatan Untuk Kulit Lebih Cerah


Minyak zaitun boleh dimanfaatkan bagi memperolehi kulit yang cerah berseri. Caranya adalah dengan mencampurkan minyak zaitun dengan body lotion yang anda pakai. Kemudian sapukan pada kulit dan lakukan urutan lembut ketika memakainya.

4) Lembapkan Kulit Dengan Minyak Zaitun


Badan mengalami kekurangan air kalau anda banyak lakukan aktiviti. Ini mengakibatkan  kulit menjadi kering serta kusam. Minum banyak air kosong dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

Selain meminum air yang cukup, sapu minyak zaitun di muka untuk memperolehi kulit yang lembap dan halus

5) Ambil Sayuran Dan Buah-buahan


Masyarakat kita secara umumnya, kemungkinan besar untuk makan sayur dan buah agak sukar. Mana taknya, kebanyakan makanan yang dihidangkan di restoren atau kedai makan penuh dengan kolestrol. Makanya, dengan memakan buah dan sayur setiap hari dapat membantu badan untuk mendapatkan nutrien yang mencukupi.

6) Rambut Cantik Menawan


Minyak kelapa sangat bermanfaat bagi menjaga kesihatan rambut. Kandungan lemak sihat yang terdapat di dalamnya akan merawat setiap helai rambut anda sehingga menghasilkan rambut yang lembut dan halus.

7) Memutihkan Gigi


Penampilan anda akan lebih terserlah apabila memiliki gigi yang kelihatan putih dan bersih. Selain berjumpa dengan  doktor gigi, anda boleh melakukannya sendiri di rumah. Campurkan perahan lemon dengan baking soda. Anda bolehlah menggunakannya ketika menggosok gigi. Lakukannya secara berkala iaitu seminggu sekali bagi mendapatkan hasil yang diidamkan.

8) Kekal Cergas Dengan Jus Kurma




Kurma mampu membekal tenaga segera kepada badan kita. Anda juga boleh buat jus kurma bersama susu atau ESP untuk nampak cergas dan bertenaga.


9) Tidur Cukup Menjadikan Awet Muda



Waktu malam merupakan masa terbaik untuk tidur. Ketika inilah badan sedang bekerja untuk membaik pulih segala kerosakan sel badan di siang hari. Tidur yang tidak mencukupi akan membuatkan anda kelihatan lebih tua daripada usia.

10) Rehatkan Kulit Wajah Anda


Pada waktu tertentu, biarkan kulit anda berehat daripada memakai sebarang solekan. Kulit juga perlu bernafas! Elakkan sisa mekap dibiarkan melekat pada muka ketika tidur.

11) Ketawa, Optimis dan yakin diri


Ketawa penawar duka. Sentiasa senyum kerana senyuman terapi paling mudah menghalang proses penuaan.

Anggap diri sentiasa hebat dan cantik. Ramai pakar psikologi berpendapat apabila seseorang itu yakin dengan sendirinya penampilan akan menyerlah.

Rasanya itu sahaja tips dari saya. Kalau anda ada tips-tips lain boleh tambah di ruangan KOMEN ye..



Nak saya bantu anda ?


SEBARANG  KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA

Your Shaklee Independent Distributor
Fadzli / Farah Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-9210042 / 016-9960209
♥ Shaklee ID : 1665070
♥ FB PAGE : Ez-Vitamin
♥ Website : www.ez-vitamin.com
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak Selayang Rawang Kepong Ampang KL
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia

ATAU

Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika  mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.





.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-vitamin.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK  bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.

Coprights @ 2017 ez-vitamin.com Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib