slider

8 Tips Merawat Buasir Ketika Hamil

Farahana Aersid





Ibu yang mengandung adalah wanita yang seharusnya sihat. Kehamilan adalah proses fisiologi yang normal. Namun ibu yang hamil lebih mudah menderita pelbagai penyakit kesan daripada kehamilan tersebut. Antara penyakit yang sering dialami ibu mengandung adalah buasir.


Apakah itu Buasir?
Buasir atau dipanggil haemorrhoids dalam bahasa inggeris adalah berpunca daripada salur darah vena yang membesar dibahagian bawah rektum dan dubur. Ianya akan memberikan masalah apabila bahagian tersebut menjadi radang atau bengkak.
Buasir merupakan penyakit yang biasa berlaku dan boleh terjadi kepada sesiapa tanpa mengira umur. 

Mengapakah wanita hamil sering mengalami buasir?
Wanita hamil berkemungkinan mengalami buasir  disebabkan oleh tekanan yang dialami daripada berat bayi yang sedang membesar dan juga kesan daripada perubahan hormon. Masalah sembelit yang sering dihadapi ibu hamil juga boleh mengakibatkan terjadinya buasir.
Buasir merupakan perkara biasa ketika hamil. Dianggarkan 1 daripada 10 wanita hamil terkena buasir terutama semasa trimester terakhir kehamilan.

Apakah Kategori Buasir?
Kategori buasir boleh dibahagikan kepada dua bahagian mengikut lokasinya iaitu buasir luaran  dan buasir dalaman.

Buasir Luaran
Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan bawah kulit luar dubur. Pesakit  akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Tahap kesakitan yang dirasai setiap indidvidu adalah berbeza. Sesetengah mungkin merasa panas atau pedih, tetapi ada juga yang merasa  sedikit kurang selesa. Sakit yang teramat mungkin terjadi akibat salur darah yang tersumbat disebabkan darah beku.

Buasir Dalaman
Merupakan salur darah vena yang bengkak dibahagian dalam rektum. Pesakit akan mengadu mempunyai pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan . Ada juga pesakit merasa seperti ada unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini ada yang perlu ditolak balik ke dalam  namun ada juga yang hilang dengan sendirinya.

Apakah tips yang boleh diamalkan bagi mengatasi buasir ketika hamil?

1- Makan makan berserat tinggi seperti sayur-sayuran,buah-buahan, roti bijirin penuh, pasta
bijirin penuh dan beras perang.

2- Minum banyak air kosong dalam 2-3 liter sehari agar anda kekal terhidrat serta memastikan
najis berkeadaan lembut.

3- Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut selepas membuang air besar. Lap dengan
tuala lembut atau tisu tandas lembut tanpa bau pewangi. Bersihkan dengan kerap agar
kebersihan tetap terjaga

4- Bersegeralah ke tandas ketika terasa ingin membuang air besar. Menunda masa akan
menyebabkan sembelit terjadi.

5- Cuba menaikkan kaki ke atas bangku ketika membuang air besar. Ini dapat membantu
memudahkan proses pembuangan air besar.

6- Mandi air suam bagi mengurangkan kesakitan dan kegatalan. Elakkan menggaru di tempat
yang gatal kerana boleh memburukkan keadaan.

7- Tuam dengan benda sejuk seperti pek ais bagi memberikan kelegaan di sekitar dubur. Ianya
juga mampu mengurangkan bengkak.

8- Bersihkan tempat yang terjejas secara lembut selepas membuang air besar. Lap dengan 
tuala lembut atau tisu tandas yang lembut.

Namun, sekiranya telah mencuba tip di atas tetapi masalah tersebut masih tidak selesai, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Selain daripada tips di atas, pengambilan supplemen juga dapat membantu mengatasi masalah sembelit ketika hamil. Saya syorkan anda mencuba set buasir ibu hamil shaklee yang  terdiri daripada:-

Ostematrix: Mengandungi kalsium magnesium yang membantu  melawaskan pembuangan
Omega Guard: Mengandungi minyak ikan omega-3  yang mampu mengurangkan bengkak atau keradangan  akibat buasir.
Vitamin C: Berfungsi dalam membantu mempercepatkan penyembuh luka akibat buasir.



Testimoni



Semoga tips di atas bermanfaat dan sedikit sebanyak membantu masalah anda.

Sekiranya anda berminat untuk mencuba supplemen sebagai ikhtiar, hubungi saya segera untuk mendapatkan set buasir ibu hamil.
Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus whatsapp saya.Insyaallah saya sedia membantu.
Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee (khas untuk pembelian dengan saya) / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya

Nak saya bantu anda ?

KLIK UNTUK TERUS W/APP

Nurul Farahana Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 010-433 3453
♥ Shaklee ID : 1190959
♥ FB PAGE : Ez-Vitamin
♥ Email : farahaersid@gmail.com
♥ Website : www.ez-vitamin.com
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak Selayang Rawang Kepong Ampang KL
.................................





...............................................

Disclaimer: Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengguna sebenar. Pengguna dinasihatkan menggunakan produk ini seperti arahan pada produk. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada pengguna di atas penggunaan produk ini. Disarankan untuk dapatkan khidmat nasihat doktor terlebih dahulu.

FARAHANA AERSID (SID 1190959)

Your Shaklee Independent Distributor

1 comments:

  1. syukur bini takde masalah buasir sepanjang hamil nih.

    ReplyDelete

Terima kasih =)

Coprights @ 2017 ez-vitamin.com Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib