slider

10 Tips Mudah Untuk Kurangkan Rasa Sakit Semasa Bersalin

Mahira Resources









Pastinya anda sekarang ini sedang menghitung hari menunggu kelahiran cahaya mata yang bakal menyinari kehidupan anda. Namun saat-saat mendebarkan anda juga semakin hampir.



Penting bagi anda mengetahui sedikit sebanyak ilmu sebagai persediaan menghadapi saat bersalin agar dapat melalui proses bersalin dengan tenang dan lancar. Jangan kita main redah je sebab sesuatu yang kita buat dengan adanya ilmu dan perancangan, insyaAllah hasilnya juga lebih baik.

Jadi pada kali ini, saya nak share beberapa tips untuk kurangkan sakit bersalin. Sakit bersalin tu memang kita akan rasa ye, cuma bezanya teruk atau tidak je. Ada sesetengah orang mengalami kesakitan bersalin yang teramat sangat, hanya Allah je yang tahu macam mana rasanya. sampaikan rasa trauma nak bersalin lagi.

Namun ada juga ibu yang diberi kemudahan oleh Allah melalui proses bersalin dengan tenang, kesakitan yang dirasai masih boleh ditanggung serta proses bersalin pun lancar dan mudah. Mudah-mudahan  anda juga diberikan kemudahan melalui proses bersalin dengan tenang serta lancar.

Biasanya kita tak terasa pun sakit bila kena gunting (episiotomy) sebab sakit contraction nak bersalin lagi terasa sakit.

Tips tentang kurangkan sakit bersalin ni memang biasanya dicari oleh hampir semua wanita yg bakal atau pernah bersalin.

Berikut adalah beberapa cara kurangkan sakit contraction yang boleh ibu amalkan sebagai persediaan untuk meghadapi kelahiran.



Tips Kurangkan Sakit Contraction.

Mencari sebanyak mungkin informasi tentang kelahiran. Lagi banyak yang kita tahu, kita akan lebih relaks
Belajar tentang pernafasan berirama
Memeluk pasangan untuk mendapatkan semangat daripadanya dan ia dapat membantu mengurangkan kesakitan
Menghirup sedikit minuman isotonik atau air, antara sela masa contraction
Makan makanan yang kaya dengan karbohidrat, sedikit dan kerap apabila lapar
Kipas diri kita dengan kipas kecil elektrik.
Mengerang dan merintih, adalah strategi terbaik untuk menghadapinya tetapi tidak keterlauan.
Pegang tangan pasangan kita.
Gambarkan dalam fikiran, bayi bergerak ke bawah melalui pelvis dalam setiap contraction.
Bergurau dengan pasangan dan jururawat, bidan atau doktor. Jangan terlalu serius.
Dapatkan ciuman (dari pasangan atau orang yang tersayang)
Mendengar muzik atau ayat-ayat Quran bagi yang muslim.
Berjalan-jalan di sekitar bilik untuk mengurangkan rasa lenguh dan sakit.
Berehat dengan selesa di atas longgokan bantal.
Buka pelvis selebar yang mungkin, contohnya melutut pada sebelah kaki, dan sebelah kaki lagi keluar ke tepi.
Berfikiran positif adalah satu kemestian.
 Mengeluh lembut dengan setiap nafas.
Mempercayai badan kita sendiri.
Kerap berulang ke tandas. Pundi kencing yang penuh akan melambatkan kelahiran.
Lelap sebentar antara kontraksi. 



Itulah beberapa tips kurangkan sakit bersalin yang dapat saya kongsikan dengan anda. Selain tips di atas supplemen ostematrix shaklee juga boleh membantu dalam proses melahirkan anak.



Bagaimana Ostematrix Membantu Proses Kelahiran Bayi Dan Membantu Kurangkan Rasa Sakit?

Kalsium dan magnesium membantu dalam proses melahirkan anak. Jika magnesium dan kalsium tidak cukup, kekejangan boleh berlaku. Pada masa yang sama, gabungan kalsium dan magnesium ini membantu dalam mengecutkan rahim dan menolak bayi untuk keluar dengan lebih cepat tanpa membuatkan si ibu rasa kesakitan yang amat sangat. Ini kerana seluruh saraf badan mengalami ketenangan dan tidak stress.


Magnesium bertindak sebagai natural induce. Kalsium pula diperlukan dalam setiap otot tubuh untuk pergerakan. Apabila wanita hamil itu sedang stress apabila mengalami fasa kesakitan, digalakkan untuk mengambil Ostematrix mereliefkan muscle contraction dan membuatkan rasa mengantuk. 

Seandainya paras kalsium dan magnesium rendah di semasa hampir bersalin dan melahirkan anak, proses kelahiran akan menjadi lebih panjang. 

Ibu mudah mengalami tekanan dan boleh menimbulkan rasa sakit yang keterlaluan. Ia akan kepenatan, dan jika tidak mampu meneruskan, kemungkinan besar kelahiran secara czer akan dilakukan secara emergency.

Jadi, Ostematrix ni adalah supplement yang sangat digalakkan untuk diamalkan semasa hamil dan semasa dekat-dekat nak tiba proses kelahiran.


Selain Ostematrix, ESP juga boleh membantu memberikan tenaga kepada ibu ketika saat nak bersalin nanti.                      

Oklah, itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba tips-tips di atas.

Nak saya bantu anda ?
 Whatsapp
KLIK UNTUK TERUS W/APP
Nurul Farahana Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 010-433 3453
♥ Shaklee ID : 1190959
♥ FB PAGE : Ez-Vitamin
♥ Email : farahaersid@gmail.com
♥ Website : www.ez-hamil.com
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak Selayang Rawang Kepong Ampang KL
.................................



............................
Disclaimer: Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengguna sebenar. Pengguna dinasihatkan menggunakan produk ini seperti arahan pada produk. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada pengguna di atas penggunaan produk ini. Disarankan untuk dapatkan khidmat nasihat doktor terlebih dahulu.

FARAHANA AERSID (SID 1190959)

Your Shaklee Independent Distributor

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih =)

Coprights @ 2017 ez-vitamin.com Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib