slider

Penyebab Masalah Kesuburan - Wanita (Part 2)

Mahira Resources





FAHAMI PUNCA MASALAH KESUBURAN

Kebiasaannya seseorang wanita akan hamil  dan melahirkan seorang bayi selepas berumah tangga. Namun ada kalanya, realiti tidaklah semudah yang di sangka. Ada wanita yang terpaksa melalui cabaran untuk mendapatkan cahaya mata pertama, malah ada juga yang telah mencuba selama bertahun-tahun lamanya,namun masih lagi belum berhasil.
Walaupun masalah kesuburan yang dihadapi oleh pasangan ini disedari, namun tidak ramai yang benar-benar memahami penyebab berlakunya keadaan ini.

1. MASALAH HORMON TIDAK STABIL-GANGGUAN TELUR

Hormon yang tidak seimbang akan menganggu proses ovulasi  sehingga menyebabkan telur tidak matang ataupun boleh menyebabkan tiada ovulasi berlaku.

2. MASALAH PADA TIUB FALLOPIO 

Jangkitan kuman mungkin  berlaku di sebahagian ataupun keseluruhan tiub fallopio dan menyebabkannya tersumbat. Maka ovum tidak dapat melaluinya untuk sampai ke rahim.

3. MASALAH FIBROID

Fibroid Rahim adalah ketumbuhan yang sering berlaku kepada wanita.  Ianya merupakan ketumbuhan tisu otot di dalam rahim yang boleh menyumbat tiub fallopio atau menghalang telur  yang telah tersenyawa dari tertanam di dinding rahim. Pemeriksaan ultrasound dapat membantu mengenalpasti punca masalah.



4. ENDOMETRIOSIS

Perkara ini terjadi apabila tisu yang menjadi lapisa Rahim tumbuh di luar Rahim. Ia boleh menghalang tiub fallopi dan mencegah persenyawaan. Tanda endometriosis adalah mengalami haid yang banyak atau menyakitkan.

5. MASALAH ANTIBODI

Sel sperma tidak dapat memasuki bahagian Rahim dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan kerana sel sperma diserang oleh antibodi.



6. MASALAH KEKERINGAN VAGINA / MUKUS SERVIKS SEDIKIT

Dalam satu kajian di 11 buah Negara, 18% wanita berusia 18 hingga 34 tahun melaporkan biasa mengalami kekeringan vagina. Ianya bertambah buruk apabila pasangan melakukan  hubungan intim semata-mata untuk hamil. Penggunaan sesetengah bahan pelincir di pasaran boleh menjadi toksik kepada sperma , maka pemilihan bahan pelincir yang mesra sperma sangat penting agar meningkatkan peluang untuk hamil.


Posisi rahim terbalik

7. MASALAH RAHIM TERBALIK

Rahim terbalik boleh berpunca dari pergerakan yang lasak ataupun memang semulajadinya begitu sejak lahir.  Ianya menyebabkan  air mani keluar semula dari serviks, maka sperma dan ovum gagal bertemu  dan menghalang proses persenyawaan dari berlaku. Tanda-tanda Rahim terbalik adalah sakit bila bersama suami, period pain dan sakit pinggang yang kronik.


Sekiranya punca-punca masalah kesuburan telah pun dikenalpasti, segeralah atasi agar tidak berpanjangan dan berlarutan. Semoga bermanfaat. Sekiranya anda berminat untuk berikhtiar dengan produk shaklee. Anda boleh hubungi saya.


......................................................
Your Shaklee Independent Distributor
Nurul Farahana Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 010.4333 453
♥ Shaklee ID : 1190959
♥ FB PAGE : Ez-Vitamin

♥ Email : farahaersid@gmail.com

FARAHANA AERSID (SID 1190959)

Your Shaklee Independent Distributor

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih =)

Coprights @ 2017 ez-vitamin.com Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib